Minggu lepas sekolah Mijan buat sambutan Hari Kanak-kanak,
Temanya Jersi.
Tapi tak payah beli.
Kelas PPKI dapat sponsor jersi dari sekolah.
Alhamdulillah...
Dapat jersi free.
Mijan juga bawa balik goodie bag berisi macam macam..
Ada jajan, ada alat tulis, ada buku, ada mainan...
Terima kasih cikgu PPKI dan pentadbir sekolah...
Hari Jumaat ni kelas Mijan buat jamuan akhir tahun dan sambutan Hari jadi...
MY buatkan goodie bags jajan jelah untuk kawan kawan kelas Mijan.
semua berasaskan coklat ni..
habislah melompat semuanya nanti...
Tak tahu lagi nak buat food apa...
Kalau buat spageti carbonara,
bila dah sejuk tak sedap pulak.
Nak buat bihun goreng,
Ada ke anak anak ni makan bihun,
Lainlah nak bawa ke surau.
ke nak bawakan roti gulung sosej aje?
Dilema sungguh bab nak bawa makanan kat anak anak ni.
Nak bawa buah,
dah ada yang nak bawa buah dah...
Bawak diri ajelah Mijan..
Senang sikit Mama. Hahaha...
Okaylah Kalau jadi nak masak masak untuk kelas Mijan,
MY update kat sini okay..
Sekian, wassalam.

.jpeg)
roti gulung sosej pun ok juga.. bagus juga MY update post ni. Naniey pun tgh fikir menu untuk potluck sekolah Naura next week.
ReplyDeleteDilema ibu-ibu bila akhir tahun atau hari lahir, nak sediakan juadah..
ReplyDeleteSekolah pokcik dah selesai hari kanak-kanak. Ada dua lagi program besar menyusul.. majlis khatam Al-Quran dan majlis apresiasi akademik
ReplyDeletepart nk pilih menu utk jamuan budak ni mmg susah sikit kan.. nk buat mee nk letak sayur ke x, ada je nk perlu fikir, sy paling senang buat pasta je... selalunya pasta bolognese mmg laku keras
ReplyDeleteSenang gitu cikgu dah sediakan. Dilema sungguh kalau nak buat goodie bag makanan ni. Takpun bagi stationery je pun boleh.
ReplyDeleteWahh...Seronok ni =)
ReplyDeleteSamalah.. Selalu dalam dilema bila ada jamuan.. Selalunya Sha tanya anak nak bawa apa.. lebih mudah sebab dia ja yang tau kawan-kawan dia makan apa..
ReplyDeleteItulah, kalau kasih sesuatu utk anak2 ini susah sikit. Belum lagi kalau ada yg punya pantangan khusus atau alergi. 😅😅. Saya pun harus tanya dulu ke orangtua mereka sebelum nak bagi sesuatu
ReplyDelete