Hentian Rehat & Rawat Seremban - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, December 19, 2025

Hentian Rehat & Rawat Seremban

Masa perjalanan pulang dari Pahang minggu lepas,
kami gerak balik dari Pahang lepas Maghrib.
Berhenti makan di R&R Seremban.
Dah lama tak singgah,
Dah lain betul.
Dah macam mall.
Tak sempat nak pusing pusing sebab rushing.
Esoknya anak-anak sekolah.


Ada Coffee Bean & Tea Leaf tu..
Orang ada ada punya tempat rehat.
Kami makan makanan kat medan selera bawah tu aje.


Mijan macam biasa,
Nasi dengan ayam goreng aje..
Nasinya MY ambil nasi lemak, tapi tak taruk kacang, sambal, bilis semua tu.
Nasi dengan ayam goreng aje pun sampai terpejam mata. 


Ni pulak nasi ayam Abang Moq.
Habis tapi tak licin la sebab tak makan sayur dan tulang ayam.


Ni makanan MY.
Suami MY gelak aje tengok.
"Ada rasa ke nasi goreng mama tu? Putih aje"
Hmm....
Memang takde rasa pun.
Tapi kan ada lauk paru tu..
Seimbang la.
Budak kedai tu cedokkan banyak betul.
MY dah suruh stop satu senduk,
Dia cedok lagi satu senduk letak dalam pinggan.
(Cedok ke ceduk? Malas betul nak semak ejaan)
Nak suruh cepat habis agaknya ni...
Mama Yan tak habis makan.
Sebab banyak betul nasi goreng dan lauk paru tu.

Akhirnya,
lauk paru tu masuk dalam mangkuk yong tau foo Ucid.
Dia memang ngabis-ngabiskan.
Tak rugi kalau bawa makan buffet.

Kami sampai rumah sekitar pukul 1 pagi.
Penat boleh tahan la...hahaha...
Sebab jalan jem.
Hujan pulak tu.

Minggu depan ni kami balik lagi ke Raub sebab memang dah ada dalam perancangan nak balik Raub lepas abang habis SPM.
Semoga Allah permudahkan urusan kami pulang ke kampung nanti..
dilancarkan perjalanan,
Dijauhkan kesesakan,
dimurahkan rezeki,
dan diberkati selalu... Insya-Allah...

Sekian.. Wassalam.



 

7 comments:

  1. Itulah kadang lalu teringin singgah tapi rasa macam masih awal lagi masuk hiway kalau dr kl tu. Itulah banyak betul paru gorngnya, agaknya adik tu nak cepat abiskan lauk kot.

    ReplyDelete
  2. Kadang kecewa dgn kualiti dan rasa makanan di R&R ni. Sudah la mahal huhu...

    ReplyDelete
  3. RnR Seremban arah Selatan, yang baru siap tu.. memang lawa lah.. linda pun tak ronda dekat atas

    ReplyDelete
  4. Wajah baru RnR Seremban tu memang cantik, adalah beberapa kali singgah situ tapi tak makan kat foodcourt tu pun, sekadar melepaskan penat sekejap.

    ReplyDelete
  5. SA kalau singgah situ memang Yong Tau Foo la tempat pertama di tuju...

    ReplyDelete
  6. Betul tu MY.. Dah macam kat shopping mall bila singgah R&R Seremban tu..

    ReplyDelete
  7. Nasi paru 🤩🤩🤩. Paling sukaaa saya. Kliatan memang banyaaak kak 😄😄. Nasib baik ada wadah YTF yaa.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad