Nasi Goreng Daging Untuk Jamuan Kelas Ucid - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, December 22, 2025

Nasi Goreng Daging Untuk Jamuan Kelas Ucid

Sempena jamuan kelas sekolah agama Ucid,
Dia minta buatkan nasi goreng kampung.
Tapi kalau nak letak ikan bilis goreng,
Kalau dah sejuk nanti liat pula.
So Mama Yan tukar la buat nasi goreng daging.

nasi goreng daging
Pagi tu Mama Yan masak nasi 5 pot.
Kemudian sejukkan terus.
Nak buat nasi goreng kena guna nasi yang dah disejukkan.
Kalau pakai nasi panas,
melekat lekat nanti.
Lagi satu,
jangan pakai beras wangi.
Pakai beras biasa je...

Tulis la balik sifir resepinya.
Nanti tahun depan nak guna senang..hahaha

Resepi Nasi Goreng Daging untuk 25 orang


Nasi sejuk dari 5 cawan
750 gram daging
1 inci halia
4 biji bawang merah sederhana besar
5 ulas bawang putih
segenggam besar ikan bilis
7-8 tangkai cili padi
Minyak untuk menumis
5 tangkai kacang panjang
sedikit kobis putih yang dihiris
5 biji telur
Garam
MSG
5 sudu sos tiram

Cara MY masak Nasi goreng daging untuk kelas Ucid

Mula-mula, kenala masak nasi dulu.
Lepas tu, sejukkan nasi.
Sebelum buat nasi goreng, nasi tu kena hancurkan dulu.
Oh ya, jangan lupa basuh tangan bersih bersih guna sabun dan air sebelum hancurkan nasi guna tangan.
karang viral pula kat Thread.

Lepas tu MY rebus pula daging dan letak halia sikit,
rebus sampai empuk.
Bila daging dah empuk, angkat, toskan dan hiris nipis.
Ketepikan dulu.
make sure simpan dalam bekas bertutup ya.
bau daging rebus ni bakal menarik kehadiran segerombolan lalat.
Letak dalam chilller kejap untuk lebih selamat.

Kisar cili padi, bawang, bawang putih dan ikan bilis.
Jangan kisar sampai halus sangat sangat.
Kalau ada chopper,
Boleh pakai chopper je.
MY ada tapi takde kualiti kut chopper MY tu.
Tak berapa hancur selalunya.

Potong sayur sayur yang terlibat.
Antara sayur yang sesuai untuk diletakkan dalam nasi goreng ni macam kobis bulat,
sawi, kacang panjang dan sayur kangkung.
Sayur peria, petola, kacang bendi, terung, agak tak sesuai ye.
Mama Yan letak sikit je kobis dan kacang panjang.
anak-anak zaman sekarang kalau dengan sayur dah macam musuh ketat dah gayanya.
Kalau tak banyak sangat,
Boleh la diorang kuis kuis nanti.
Kalau banyak sangat sayur-sayur,
Tak jadi makan pula sudahnya nanti.

Nasi goreng daging
Jom start masak.
MY panaskan minyak dulu.
Lepas tu tumis bahan kisar.
Tumis sampai wangi.
Ketepikan bahan kisar,
Kemudian masukkan telur.
Telur ni kena pecahkan satu persatu dalam mangkuk lain dulu.
Jangan sesekali pecahkan telur direct ke dalam kuali ya.
Manalah tahu telur tu rosak ke..
Ada anak ayam ke...
Dah rugi bahan makanan kita dalam kuali tu rosak.
Kacau laju laju supaya telur hancur.
Masukkan daging yang telah dihiris nipis tadi.
Kacau rata.
Masukkan garam dan penambah perisa yang disukai seperti Sedap Rasa ke... 
Cukup Sedap ke.... Aji no moto ke...
Masukkan juga sos tiram...
Kacau rata...

Nasi goreng daging
Masukkan sayur sayur dan masukkan juga nasi sejuk.
Lupa sebenarnya nak ambil gambar ikut setiap step sebab MY fokus memasak.
Kacau rata dengan api yang besar ya.
Tapi bukanla besar sampai api boleh masuk dalam kuali tu.
Api yang cukup untuk panaskan nasi ni betul betul blend dengan semua bahan.
Ini untuk elak nasi menjadi cepat basi.
Sebab kita masak banyak,
Kalau api perlahan sangat, nanti ada tempat yang tak cukup panas.
Masa ni agak longlai la tangan ye menghayun sudip nasi goreng dak Ucid ni.

Bila dah nampak berasap asap nasi goreng tu..
Kira dah cukup panas la tu.
Boleh la matikan api dapur.

Untuk jamuan Ucid ni,
Mama Yan siap siap tapaukan 25 pax.
Ada la dapat baki dalam 2 pinggan lagi.
25 pax untuk budak sekolah ye,
Bukan penuh penuh macam kita order nasi goreng kat kedai Siam.
Kalau untuk sekolah pagi,
Boleh hantar hidangan buffet je dalam bekas besar.
tapi kelas Ucid ni, guru kelas dia lelaki,
Senang bawa pakai bekas paket aje.
Siap makan buang, Taknak makan bawa balik.

Selesailah sekolah agama sesi 2025.
semoga semuanya baik baik aje untuk tahun 2026 yang bakal mendatang...
Aminnn



 

3 comments:

  1. Alhamdulillah....harap2 kawan- kawan dak Ucid suka makan nasi goreng daging MY ye...

    ReplyDelete
  2. Sedap ni kalau makan ni.....kenyang mereka...alhamdulilah.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad