Program Impak Pagi Sekolah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, December 18, 2025

Program Impak Pagi Sekolah

Ni gambar Sarah menerima sijil dan cenderahati dari sekolahnya sempena Program Impak Pagi.
Program ni untuk anak anak kelas pemulihan, 
Manakala anak anak darjah 5 pula menjadi mentor kepada anak anak kelas pemulihan.
Setiap pagi sebelum sesi persekolahan bermula,
Mereka akan berkumpul di kantin untuk belajar secara berpasangan dan dipantau oleh guru program.
Alhamdulillah..
Sarah menjadi mentor untuk subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris juga.

Ucid? 
Ucid tak terpilih menjadi mentor.
Selain dari kelayakan akademik dan kehadiran,
Kelakuan dan kredibiliti mutid juga diambil kira untuk menjadi mentor. 
Kalau Ucid jadi mentor,
Tak jadi belajar membaca mentee nya nanti,
Mahu dia ajar menyanyi atau ajak bersembang nanti. 

Tahniah Sarah.
Kat rumah pun,
Sarah selalu kena ajar Ucid. 
Cikgu sampai suruh Ucid pinjam buku Sarah untuk salin.
Ucid kerap tak siap kerja sekolah san tak sempat salin nota.

Sarah dan Ucid ni walaupun kembar,
Personality mereka sangatlah berbeza. 
Sarah agak pendiam dan serius.
Ucid pula sangatlah peramah dan ceria.
Jarang la nak serius.

Ini antara isi kandungan beg cenderahati untuk mentor.
Bersyukur akan kewujudan Ecoshop pada zaman sekarang.
Banyak hadiah dapat dibeli dan diberi kepada murid dengan harga yang murah di sana.
Anak anak ni…
Yang penting rasa dihargai…
Nilai hadiah bukanlah menjadi agenda utama.

Semoga Sarah terus menjadi mentor kepada mereka yang memerlukan,
Sesuai dengan cita-citanya untuk menjadi seorang guru.
Aminnnn

 

4 comments:

  1. Tahniah Sarah, kira kat rumah memang dah jadi mentor ucid la kiranya ye. Moga terus cemerlang dan dapat membantu yang lain.

    ReplyDelete
  2. Oh kembar rupanya. Tahniah Sarah jadi mentor. Memang mudah ada kedai eco. Macam2 boleh dapat untuk dijadikan hadiah.

    ReplyDelete
  3. Kelakar tau kalau baca kisah Sarah dan Ucid ni. Agaknya masa dalam perut dulu mesti sorang pandang sebelah kanan, sorang pandang sebelah kiri, hihi.

    ReplyDelete
  4. Semoga menjadi anak2 yg soleh dan solehah penyejuk ibu dan ayah

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad