Restoran Nasi Kerabu Cikgu CT di Hari Ahad - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, December 1, 2025

Restoran Nasi Kerabu Cikgu CT di Hari Ahad

Ni kisah lepas Mijan cabut gigi Ahad minggu lepas lepas...
Dua kali lepas ya..
sebab dah dua kali Ahad berlalu,
Baru sempat nak muat naik gambar dan ceritanya.
Rasa nasi kerabunya pun dah lupa macam mana dah...hahaha

Model tetap tak berbayar blog mama Yan mestilah Adik Mijan yang encem.


Inilah rupa set nasi dengan ayam goreng tu.
Ada nasi, sayur, kuah, ayam goreng, keropok dan sambal belacan.
Kuah tu MY tak sure kuah apa,
Tapi kuah kerutuk rasanya.
Dia takde rasa kari, jauh sekali rasa asam pedas.
Tapi Mijan macam biasa,
makan nasi dan ayamnya sahaja.

Sebenarnya suami MY minta set nasi kerabu daging grill.
Tapi yang sampai daging berlengas.
Bila tanya..
Kami dah tukar menu, siapa order daging grill, 
kami tukar dengan daging berlengas.
Suami MY okay aje makan.
Berlengas pun berlengas laaa

Tapi Sarah..
Terus tarik muka.
Dia order nasi putih & daging grill,
Sekali yang sampai,
Nasi dengan lauk daging belengas...
"Saya tak nak ni".
Kami pun suruh staff kedai tukar menu lain.
kalau dari awal memang takde,
Menu dah ditukar,
Bagitahulah kepada pelanggan ketika pesanan dibuat.
Dah la bila orang tanya tu jawab macam nak cari gaduh...hahaha


Ni Mama Yan punya pesanan.
Dalamnya ada nasi kanji.
Dia macam bubur nasi juga la,
Tapi nasinya agak pekat likat,
Kemudian kena cairkan sendiri dalam kuah sup tu,
Ada hirisan daging, sayur sawi, sayur taugeh, ikan bilis goreng.

nampak tu nasinya gitu.
Rasa macam makan soto, tapi bukan soto.
Dari lima bintang,
Mama Yan bagi nasi air daging ni dua bintang aje.
Not my tekak... hahaha
Pada orang lain mungkin sedap,
Cuma tak mesra tekak Mama Yan la..
Lain kali tak order lagi dah.
Takpe la.. kira nak merasa aje kan..

Eh takpe ke kalau kita bagi review tak sedap kat restoran ni?
Kang kena saman pulak..
Orang sekarang kan sikit sikit LOD...
Sikit saman...
Mama Yan ni banyak lagi hutang kat keliling pinggang ni,
sampai nak koyak dah poket dek hutang hutang ni semua...
Tambah kena saman kang,.. aje mateyyy...

Anak anak yang lain..
Aril sama macam Mijan...Sarah pun tukar nasi ayam goreng juga.
Melihatkan keadaan pinggan dia yang tinggal tulang kambing aje,
Mama Yan andaikan, sedaplah kut nasi kerabu kambing meletup dia tu.
Makan dengan comot mamotnya...
Tak sampai hati pulak nak ambil gambar dia buh sini...
Padahal kat rumah tak makan sayur pun.
Kat kedai elok dia makan sayur nasi kerabu tu.
dia kata, ala..kunyah kunyah telan..
kalau buang sayurnya,
nanti terasa nasi dia sikit pulak..
Ah iyer... budak ni...
memang nombor satu kalau bab makan.

Okaylah sekian saja kisah makan makan hujung minggu MY bersama keluarga..
See you next entry..
wassalam





 

11 comments:

  1. Seprti apa ya kak rasanya nasi kerabu itu, apa sayurannya ada campuran parutan kelapa ya? Kayaknya enak liat tampilannya

    ReplyDelete
  2. Kalau diberi pilihan antara nasi kerabu dengan nasi air tu.. buat masa ni pokcik pilih nasi air lagi.. tengah demam ni biasalah nak cari yang berkuah🤭

    ReplyDelete
  3. masalah juga order lain yang datang lain.. jika saya memang mintak tukar. jangan review tak sedap tapi letak 1 star dah la hihi

    ReplyDelete
  4. Suka hati je main tukar2 ye. Patutnya kena inform pelanggan dulu.

    ReplyDelete
  5. Boleh pulak dorang tukar menu sesuka hati ek. At least tanyalah pelanggan dulu. hmmm..Silap dorang lah kalau pelanggan taknak. Zaman sekarang ni zaman saman menyaman je kan. Tak boleh nak meluah sikit. Nampaknya kalau nak suruh dia makan sayur, kena bawa gi kedailah gitu ek.

    ReplyDelete
  6. Anak ni kadang bila makan kat kedai elok je makan. Balik rumah kite masak sama macam kat kedai eh tak laku pulak. Memang tak puas hati kalau servis macam ni. Order lain, dapat lain. Kalau orang dewasa ni kadang malas nak cari pasal. Makan je la. Tapi kalau anak anak tak kan dorang nak makan makanan yang dorang tak order.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya Nasi Kerabuuuu! Nasi air pernah makan, biasa jela kat tekak saya..Haha..Takpa kak..akak review ikhlas...Pulak dorang tukar menu tetiba lak..adeh... ok, kena bwk anak akak try sini selalu..Biar dia makan sayurr.ahahaah

    ReplyDelete
  8. Hahaha...akak le tu...dapat LOD tahun 2016 lepas pasal cakap makanan org tu x sedap...gelabah gak la masa tu...kita review ikhlas kan...dikatanya review akak tu punca perniagaan terpekas ditutup padahal elok je diorang meniaga...

    ReplyDelete
  9. Uiks.. Mana boleh macam tu.. Patutnya masa orang order dah bagi tahu yang daging grill tu dah tak ada.. Bukannya hantar terus.. Kan ke hampa orang yang nak makan.. Kalau Sha pun Sha tak nak..

    ReplyDelete
  10. Naaah itu. Mereka harus nya bagi tahu kalau dah berubah menu. Jangan seenaknya langsung tukar. Sayapun tak suka yg jenis begini.

    Tak apa buat review jujur kak. Di google justru banyak orang menulis review apa adanya..kalau tak sedap mereka bilang tak sedap.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad