Ucid dan sarah dah dapat buku teks untuk Tahun 6,
Jadi Mama Yan dah mula membalut buku buku teks mereka.
Pembalut buku pakai yang sedai ada di rumah aje.
Dah dua tahun tak beli pembalut buku.
Dua tahun lepas suami belikan banyak bergulung gulung,
Sampai sekarang belum habis.
Tapi selotape asyik kena beli baru aje.
Tak sempat habis, selalu hilang.
Alhamdulillah,
dah settle sampul buku Ucid dan Sarah.
Aril tahun depan naik tingkatan 1,
Jadi buku dia belum dapat lagi.
Adik Mijan kelas PPKI,
Cikgu tak pernah bagi buku bawa balik pun.
Moq pula dapat buku teks lepas naik form 5 nanti,
sebab sekarang budak form 5 masih gunakan buku mereka untuk SPM.
Peneman setia MY buat kerja.
Kalau kita makan,
dia buat tak kisah je,
Tapi kalau kita pegang buku,
Dia memang akan menyibuk nak landing atas buku tu.
Tahun ni,
Ucid dan Sarah dapat buku teks baru.
Cuma buku teks English dan Bahasa Arab sahaja yang dah terpakai.
Itupun berada dalam keadaan yang baik.
Semua buku teks baru,
Cikgu anak-anak dah siap staple kan bahagian tepinya.
Tahun lepas,
Anak anak dapat buku teks baru juga,
Pertengahan tahun,
bukunya habis terburai.
Macam gam bindingnya tu tak berapa elok.
kalau sorang je yang kena, boleh la nak kata masalah penjagaan.
Tapi ketiga-tiga anak MY ada masalah buku terburai ni,
Terus pinjam kat pejabat suami stapler besar,
MY ketipkan semua buku anak-anak.
Tahun ni, semua buku baru dah siap staple bahagian tepi.
Terima kasih cikgu.
Mama Yan masih tolong anak sampul buku mereka sebab MY tak bekerja sepenuh masa.
Ada ruang kosong,
Jadi MY tolonglah anak anak.
Anak anak MY pergi sekolah pukul 6.45 pagi,
balik pukul 2.30 sambung sekolah agama yang bermula 3.30 hingga 6.30 petang.
mereka jauh lebih penat daripada MY yang berada di rumah ni.
Untuk Aril dan Moq nanti,
Mungkin MY akan pantau dan bantu sikit-sikit sahaja.
Dah masuk sekolah menengah,
Kena lah ada skill sampul buku sikit sikit.
Tak kemas tu biasa..
Jangan tak nak cuba buat langsung.
Okaylah..
Selesai kisah sampul buku teks anak anak,
Sekian, wassalam.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Cie pun nak membalut buku anak2 juga ni nanti. Tu la rutin kerja setiap tahun.
ReplyDeleteAlhamdulillah settle... Untung dapat buku teks baru jadi tak de la nak pening kepala sangat buku nak terburai segala isi sampai nak balik tu tak boleh .
ReplyDeleteUncle dah lama tak bekecimpung dalam aktiviti balut-membalut buku sekolah ni...
ReplyDeleteKucing MY tu macam muka kucing kita zaman bujang dulu. Mesti dia jenis tak selera dengan makanan manusia, hihi.
ReplyDeleteSekolah Kyra pun harini baru nak buat pemulangan buku teks F5. Last paper 15/12 haritu tp dorang busy dibawa jelajah ke Uni berdekatan. Nak bagi pendedahan
ReplyDeleteSaya pun masih bantu sampulkan buku anak bungsu. Tp kalau kakaknya, dah lakukan sendiri. Kadang tak habis pikir kalau dpt buku yg dah terburai juga. Maksudnya, saat pengembalian buku apa tidak dicek 😅😅. Krn saya saja selalu cek buku2 yg nak dikembalikan. Kalau ada yg lepas sedikit, selalu saya stapler atau ganti buku baru. Susah nak mengharapakan semua orangtua akan seperti itu saat pengembalian buku
ReplyDelete