Hari Jumaat lepas,
Pagi pagi lagi MY dah bersiap sakan,
Siap baju kurung & tudung batu merelip,
Pakai pondesen, blusher, lipstick berbedak bagai.
Lepas tu keluar hantar Sarah, Ucid dan Mijan pergi sekolah dulu.
Lepas drop Mijan,
Terus ajelah ke sekolah Moq dan Aril,
Nak dapatkan giliran pertama jumpa cikgu anak-anak,
Tapi sampai depan sekolah,
Takde kereta parents langsung..
Aikk!?
Pergi tanya sorang pengawas depan sekolah..
“Dik, hari ni ada hari terbuka kan?”
“Eh, tak aunty, hari terbuka Jumaat depan. 26haribulan Jun”
“Oh ye ke? Terima kasih dik”
Hahaha…
Salah hari daaa…
Anak MY ada dua orang kat situ.
Sorang form 5,
Sorang form 1.
Kedua-duanya bagi maklumat yang sama.
Hari terbuka tu kelmarin.
Beberapa hari sebelum tu pun dia dah ingatkan mama diorang pasal hari terbuka tu.
Jadi kita pun yakinlah…
Tak payah la beria baca poster dalam group whatsapp tu.
Rupanya… anak dengan mak sama je…
Adoi la..
Nasib baik la MY duduk rumah je.
Kalau masih kerja makan gaji.,
Sia sia je minta cuti tapi tak jadi ambil report card… hahaha
MY pun terus balik rumah.
Depan pagar rumah terserempak dengan Moq,
Dia pun patah balik rumah untuk ambil beg sekolah,
Dengan sakan berpeluhnya..
Tadi dia datang tak bawa beg sekolah,
Yelah… ingatkan hari terbuka.
Biasanya hari terbuka tak belajar.
Lepas jumpa cikgu boleh balik terus dengan parent.
MY pun pusing kereta hantar dia ke sekolah.
Banyak kali Moq minta maaf kat MY.
Tapi MY tak marah pun.
MY rasa lucu pula…
Tiga tiga orang pun tak baca memo cikgu bagi dengan baik dah kenapa kann?
Padanlah muka tiga-tiga..
Tapi dia kata dia rasa malu.
Alah Moq..
Relaks lahh…
sepanjang hayat mama ko ni…
Bukan sekali dua kali perkara macam ni berlaku.
Kadang kadang mata dan otak kita memang ada glitch memproses maklumat.
Antara yang paling MY tak boleh lupa…
Masa MY masih student dulu.
MY sangat yakin dengan jadual exam akhir yang MY salin.
MY sampai dewan exam pukul 1 lebih,
Dewan exam lengang…
Pergi fakulti pun lengang…
Tinggal pejabat fakulti je beroperasi…
Rupanya…
Exam tu pukul 9 pagi… tahu tak macam mana paniknya MY.
Gilerr… exam final tu…
Terus pergi pusat kesihatan mahasiswa nak ambil sijil cuti sakit.
MY cakap sakit perut je…
Muka MY memang pucat tak berdarah dah..
Bukan pucat sebab sakit perut,
Tapi sebab terlepas jadual final exam,
Doktor check perut guna stetoskop,
Dan perut pun memberi kerjasama yang baik,
Kriukkkk…. Perut berbunyi…
Ye.. bila dilanda ketakutan yang amat sangat,
Perut akan kecut dan berbunyi rancak,
seolah olah ada ribuan kupu-kupu di dalamnya.
Doktor bagi ubat gastrik dan juga MC.
Dengan pesanan jaga makan.
Doktor pun cakap,
Musim final exam ni memang musim gastrik dan buasir untuk student.
Sebab masing masing tak jaga makan.
Mama Yan study bagai nak rak sepanjang pagi tu tau.
Oh ya…
Dulu MY terpisah kolej kediaman dengan course mate.
Jadi buat hal sendiri je masa nak final exam.
Lepas tu kena la datang fakulti masa cuti untuk ambil exam tu.
Tak senonoh kan..
Tapi masih lagi tak ambil pengajaran.
Ada je lagi kecuaian dan kelekaan yang berlaku lepas lepas tu…
Sampaikan kadang kadang MY terfikir,
Entah-entah MY ni ada autism atau adhd.
Selalu sangat salah maklumat…
Hihihi…
Lepas ni MY berazam untuk lebih berhati hati.
Baca dengan lebih baik dan semak perkara yang berkaitan dengan tarikh serta hari.
Sekian, wassalam.
Laaaa. 😅😅 . Salah hari.
ReplyDeleteKak Sam pun pernah tersalah tgk date event. Sib baik tak berpondesen sgt or hire MUA, cuma lipstik dan bedak je la terbazir. Haha.
Bila tiba harinya (keesokannya) mood plak mengurang.
Aduhai..boleh pula tersilap hari. Yang final exam bagaimana pula akhirnya, tertanya juga
ReplyDeleteAdeh, dah bersiap sakan tu. Rugi rugi ahak 😆
ReplyDeleteHahaa adoii nasib la blm terleps tarikh report kad nya tu.. nnt mgu depan jgn plak lupa tau 🤣
ReplyDeleteBoleh la pulak 3³ orang tak perasan. Sabar aje laaaa, hahaha.
ReplyDeleteAduiii bior terlambar date, jangan date terlepas.. kadang Lin pun sama, tapi biasanya ajdual pi checkup KK hahahaha asyik lupa je nak save dalam phone
ReplyDeletePernah terkena jugak... baru ni jugak, patutnya 11 mei sekolah aiyan cuti peristiwa tapi masa tu ingat 4 mei, jenis tengok hari je isnin... sekali tu dah tengahari cikgu tanya Aiyan tak sihat ke puan. Ah sudah tengok balik surat tu rupanya salah tarikh alahai nasib cikgu ok.
ReplyDeleteAlamak...Salah date plk...=D
ReplyDeletehahaha MY fikir ada autism... ammi ni fikir ammi ada dyslexia sbb kerap tau salah tulis. nak tulis 6 jadi 9. M jadi W... tulis 3 pun terbalik. Tapi tulah...zaman kita dulu tak didedahkan sangatkan dengan syndrome2 gini.
ReplyDelete