Sabtu lepas, MY ikut suami pergi naik pejabat.
Sabtu kerja setengah hari.
Jadinya pukul 12.30 kami pun keluar .
Suami ajak teman dia pergi driving range.
Lepas suami habis pukul bola,
Kami pun cari tempat makan.
Tempat pilihan MY kelmarin adalah Nasi Kerabu Cikgu CT yang terletak di Taman Impian Emas.
Dulu-dulu sangat tak suka nasi kerabu.
Apa bendalah dengan banyak sayurnya, ulamnya, kerisiknya...
semua MY tak makan.
Tapi bila dah tua-tua ni..
Eh.. mencari pulak.
Dah melepasi waktu makan puncak orang makan tengah hari.
So kedai tak berapa ramai orang,
Agak selesa la
Ni Makanan suami MY kelmarin.
Nasi Kerabu Ayam Goreng.
Suami tengah sakit gigi,
Bahagian ayam yang rangup rangup tu,
Mama Yan la yang bedal.
Suami ambil bahagian isi lembut lembut je.
Hehehe...
Kesian orang sakit gigi ni kan.
terpaksa menyerahkan makanan kesukaan pada orang lain.
Ni menu Mama Yan order hari tu.
Nasi Kerabu Lemak Bakar namanya.
Mama Yan makan sampai habis licin.
Paginya tu sarapan roti canai je.
Tak cukup kenyang... hahaha
Ini kali pertama Mama Yan makan lauk lemak bakar yang asyik tular kebelakangan ni.
Setakat boleh makan aje la.
Dia tak patut jadi lauk utama.
Jadi lauk sampingan boleh la.
Suami Mama Yan langsung tak boleh makan ye lemak-lemak ni.
Citarasa kami tak sama...
Dia tak boleh makan,jadi...
Tak payah makan.
Dapat la MY makan sorang.
Tekak memang haus betul.
Hari pun panas molek.
Dapat pula air berais macam ni..
Memang fuhhhh...
Enakkk!!
MY punya air teh o ais tu.
Air MY sesedap rasa.
Suami pulak minum honey lemon ais.
Manis leting airnya.
Tapi dia okay je..
Minum air manis pun bacaan gula random tak pernah lebih 5.5
Jumlah nafkah makan minum untuk suami sendiri dan isterinya adalah RM41.70 sahaja untuk makan tengah hari.
Ada banyak lagi jenis jenis lauk nasi kerabu kat kedai ni.
Ada lauk kambing,
ada lauk sotong,
ada lauk ikan keli.
Tapi yang belum pernah try tu,
Lain kali kita datang dan cuba menu yang lain pula.
Dahhh...wassalam

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)