World Cup dan Kenangan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, June 25, 2026

World Cup dan Kenangan

Memandangkan sekarang ni tengah musim Piala Dunia,
Kita coretlah serba sedikit kenangan Mama Yan tentang World Cup ni.
Mama Yan bukanlah minat sangat-sangat pun.
Ikut-ikut je..
Bolehla tengok tapi tak kenal semua player.
Yang MY tahu,
Kalau masuk gol..
Menang…
Hahaha…

Mama Yan hanya ada memori tentang World Cup ni bermula tahun 1998,
Sebelum tu,
Apa benda pun tak tahu tentang bola sepak antarabangsa


 World Cup France 1998

Masa ni MY berada dalam tingkatan lima di sekolah Menengah Teknik Kuantan,
Masa ni ramai pelajar aspura didenda warden kerana keluar malam untuk menonton perlawanan bola sepak,
Ada yang curi curi menonton di pondok pengawal keselamatan,
ada yang curi-curi menonton di kedai mamak,
Ada juga yang angkat TV dewan makan bawa masuk dorm,
Macam-macam ragam ye pelajar asrama lelaki ni.
Perlawanan akhir World Cup 1998,
Warden asrama membenarkan pelajar pelajar menonton TV di dewan makan,
Pelajar Aspuri juga tidak terkecuali,
Kami dibenarkan menonton TV di asrama puteri,
Tapi Mama Yan bukanlah salah seorang daripada penonton tersebut,
Tidur lagi sedap.

World Cup 1998 dijuarai oleh tuan rumah, Perancis dengan kemenangan 3 - 0 menentang Brazil.

Lagu Tema World Cup masa tu pun best.
Here we go! Ale, ale, ale!Go, go, go! Ale, ale, ale!Tonight's the night we're gonna celebrateThe cup of life! Ale, ale, ale!



World Cup Korea-Jepun 2002


Tahun 2002 MY berada di tahun 2 pengajian di UTM, Skudai.
Masa ni MY dah kenal sikit dengan pasukan bola sepak,
Menonton dengan rakan rakan satu rumah sewa,
Masa tu kenal penain bola sepak yang handsome sahaja seperti :-
David Beckham - England,
 Francesco Totti - Italy,
Ahn Jung Hwan - Korea,
Diego Forlan - Uruguay,

Meriah sungguh masa tu dengan jualan jersi cetak rompak World Cup,
MY pun tak terkecuali membeli,
Adalah membeli sehelai dua jersi
Kalau tak silap jersi Jerman dan Itali.
beli sebab lawa..
Bukan sebab minat pasukan tu..hehe.
Masa tu kita orang Asia mestilah sokong Jepun & Korea..
hahaha...
Zaman tu belum mula lagi kegilaan terhadap Oppa Korea,
Masih tangkap lentok dengan Yutaka Takenouchi, Takuya Kimura dari Jepun dan Aaron Kwok dari Hong Kong.

kejuaraan Piala Dunia Korea-Jepun 2002 dijuarai oleh Brazil.



World Cup Germany 2006

Masa ni Mama Yan dah berkahwin.
sesekali MY temankan suami menonton di kedai mamak.
Rumah sewa kami dulu ada TV,
Tapi takde siaran bola. 
Gigih tau pukul 2 pagi pergi kedai mamak tengok bola.

 
Perlawanan akhir antara Perancis dan Italy dimenangi oleh Italy.
Perlawanan akhir ni agak kontroversi disebabkan insiden kapten Perancis, Zinedine Zidane menanduk dada pemain lawan.


World Cup South Africa 2010

Masa ni memang MY langsung tak sempat layan bola.
Dua dua kami suami isteri tak sempat nak tengok bola sebab tengah sibuk membina keluarga.
Dua orang yang masih kecil dan tengah mendaki tangga kerjaya.

Cuma ingatlah juga ada beli tshirt bola kawan jual.
Saja lah beli sokong kawan kawan.

Yang pasti lagu tema world cup edisi Afrika selatan nyanyian Shakira ni meletup letup sampai sekarang masih jadi siulan.



World Cup Brazil 2014

Masa ni memang tak sempat buat apa.
Mama Yan lahirkan kembar tahun 2014.
Takde ambil kisah pun pasal dunia luar. 
Sibuk jaga anak je.
Anak rapat rapat dan kecik kecik lagi.
Hai hari buka TV siaran kartun aje.



World Cup Russia 2018

Sama jugalah tahun ni.
Masa ni Mama Yan dan suami baru memulakan syarikat sendiri.
Sangat sibuk sampai takde masa nak ikuti perlawanan bola sepak.



World Cup Qatar 2022

kali pertama Piala dunia diadakan diadakan di negara Timur Tengah di mana majariti penduduknya beragama Islam.
world Cup edisi Qatar dijuarai oleh negar Argentina.
Mama Yan tengok waktu pembukaan je sebab ada Jung kook buat persembahan.




World Cup 2026

Kali ni unik sikit sebab buat di tiga negara iaitu Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.
Sekarang masih di peringkat perlawanan antara kumpulan.
Kalau game pukul 8 ke.. pukul 10 pagi ke.. suami MY menonton juga.
Tapi yang tengah malam tu,
Dia dah tak terdaya nak berjaga malam dah.
Tanda penuaan la agaknya.
dulu dulu..
Masa baru kahwin dulu,
pukul 2 pagi bangun tengok bola relaks aje.
sekarang pukul 12 dah tak boleh nak celik mata...hahaha


 Anak-anak Mama Yan tak minat sukan pun.
mana ada kisah nak tengok game bola sepak.
Yang diorang tengok beria ia hari tu adalah MPL - Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia.
Tengok e-sport je..hmmm...
Tak aktif betul budak budak generasi IT ni.

Hari tu suami MY tengah tengok bola... Portugal main.
Tiba tiba adik Mijan datang join.
"Wow.. is that CR7? Ronaldo?"
Uishh... dia kenal Ronaldo..
Messi..Neymar dan Mbappe pun dia kenal..
Tanya dia macam mana boleh kenal foot ball players tu..
Dia kata from youtube short.
jadilah nakkk...



 









No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad