Sekejap aje dah bulan Jun.
Maknanya kita dah masuk ke pertengahan tahun 2026.
Tanda akhir zaman agaknya ni..
Masa dirasakan begitu pantas berlalu.
Maknanya kita dah masuk ke pertengahan tahun 2026.
Tanda akhir zaman agaknya ni..
Masa dirasakan begitu pantas berlalu.
Minggu depan anak sulung MY memulakan pengajiannya di Matrikulasi Kejuruteraan Johor,
Dapat juga tawaran ke UiTM jurusan Diploma Kejuruteraan Awam,
Tapi dia memilih untuk ke Matrikulasi.
Sampai hari ni masih banyak benda yang belum diselesaikan.
hari ni baru nak lengkapkan semua borang,
Hari ni baru nak matikan setem hasil,
Geram aje maknya ni.
Barang barang belum pergi beli lagi ni.
Kalau suruh pergi beli sendiri memang tak bergerak la.
Jauh betul beza dengan masa Mama Yan nak masuk universiti dulu-dulu,
Semua buat sendiri je.
Cuti cuti ni kami tak ke mana-mana pun.
Malas nak bersesak-sesak di tempat tumpuan ramai,
Malas juga nak bertapa lama-lama dalam kereta dek kesesakan jalan raya.
Penat...
Dah tua- tua ni dah tak gagah nak redah traffic Jammed berjam-jam lamanya.
Minggu lepas Mama Yan balik Raub sekejap hantar mak balik kampung lepas lebih sebulan duduk rumah MY ni.
Lagipun mak MY ada janjitemu untuk rawatan laser mata.
Gambar pemandangan ni sangat ikonik kepada anak-anak Pantai Timur.
Janjitemu mak pukul 9 pagi di Hospital Kuala Lipis,
Kami keluar rumah Raub pukul 7 pagi.
Anak-anak yang ikut hantar atuknya balik dua orang je.
Si abang dan Ucid je yang ikut balik.
Yang lain tinggal kat rumah mak mentua Mama Yan.
Jadi si abang la yang tolong sorongkan kerusi roda atuknya.
Alhamdulillah, orang tak ramai macam kat pakar mata HSAJB,
Jadi sekitar jam 9.30 pagi rawatan selesai.
Lepas tu,
terus balik ke Raub semula.
Singgah Pasaraya pantai Timur membeli beberapa keperluan dan lauk pauk serta sayur.
Maklumlah, adik lelaki MY yang tinggal sorang selama sebulan,
Semua lauk dalam peti ais dah kosong,
Barang kering pun kosong,
Bawang ada beberapa biji, itupun dah boleh tuai semula...hahaha..
Lepas MY siap masakkan makanan tengahari,
dah siap makan,
Rehat sekejap...
Kami pun bertolak balik ke Segamat sekitar pukul 4 petang.
Isi minyak dan belikan jajan dulu untuk anak-anak.
Perjalanan dari raub ke KL agak lancar.
Tapi dari KL ke Seremban...mak aihhh..
sesak dan padat sepanjang jalan.
Waktu orang balik kerja kan..
Punyalah lama tak update blog,
Cerita pun bercampur campur.
Lompat sana, lompat sini… hahaha…
Oklah..
Harap harap bulan mulai bulan June ni Mama Yan akan lebih rajin mengarang dan blow walking..
Aminnn



No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)