Sambal Goreng Jawa - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, June 2, 2026

Sambal Goreng Jawa

Tajuknya ajelah Sambal Goreng Jawa,
Tapi jawa belah mana pun Mama Yan tak tahu ni.
kira macam inpired aje la,
Bukan resepi ori.

Masa mula-mula kahwin,
Mak mentua suruh potong kacang panjang,
MY tanya la nak potong macam mana?
ala.. potong macam dalam sambal goreng tu..
Sambal goreng kat Pahang tak wujud, yang wujud adalah sambal tumis.
MY pun belasah aje la potong macam nak masak sayur,
Leepas tu kak ipar repair balik semula..
Oh dalam sambal goreng kacang panjang tu hiris memanjang nipis sikit.
Cuba dari awal buatkan contoh...
senang la MY nak tiru... kann?

Sambal goreng ni antara menu separa wajib untuk majlis kenduri doa selamat, kenduri arwah dan sambutan hari raya.
Selalunya sambal goreng ni dihidangkan dalam nasi ambeng.
Kalau hari raya pula,
dimakan bersama ketupat.
Antara kawan kawan yang bersama-sama dalam kuali sambal goreng ni adalah tempe, tauhu, suhun, fucuk, kacang panjang, kacang tolo, kobis, ubi kentang, bawang, dan cili.
Kawan yang selalu bertukar-tukar megikut keadaan semasa dan ekonomi tuan rumah adalah seperti babat lembu, udang, organ dalaman haiwan.
Mama Yan pernah makan sambal goreng udang dan petai.
Sedap juga...

Kali ni Mama Yan nak masak Sambal Goreng dengan cara sendiri.
Simple je.
Sebab tak rajin sangat.

Bahan - bahan:

2 biji kentang
2 keping tempe
2 keping tauhu
Secekak kacang panjang
1 plastik suhun dan fucuk
Beberapa hati ayam dan pedal ayam
5-6 tangkai cili hijau
3 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
Minyak untuk menumis dan menggoreng
garam secukup rasa

Cara membuat:

Potong fucuk kecil kecil dan rendam supaya lembut.
Potong suhun supaya tak terllau panjang dan rendam.
Kalau panjang sangat nanti akan bergumpal.

Potong ubi kentang memanjang macam fries kemudian goreng.
Macam tu juga tempe dan tauhu.
lepas dah goreng angkat dan ketepikan

Sambil masak boleh ratah kentang, tauhu dan tempe ni.

Kemudian potong kecil organ dalaman ayam.
Goreng sekejap.
Jangan garing sangat, takut nanti dia keras,
kalau taknak masukkan organ dalaman ayam ni pun takpe.
Boleh gantikan dengan udang.
Selalu family mentua Mama Yan masukkan babat lembu

Hiris bawang, bawang putih dan cili.
cili ni kalau nak pedas, letak banyak.
Kalau taknak pedas,
letak sikit.

Cuci kacang panjang dan potong kacang panjang memanjang.
kalau taknak letak kacang panjang boleh tukar dengan kobis atau kacang buncis. 
Pun sedap juga


Tumis bawang dan cili dalam sedikit minyak.
Masukkan sayur kacang panjang, suhun dan fucuk.
masukkan sedikit air supaya lembut.
masukkan juga hati dan pedal ayam.
Gaul rata.
masukkan garam dan serbuk parasa secukupnya.
kalau nak letak kicap pun boleh juga.


Last sekali masukkan bahan bahan yang telah digoreng tadi,
Kentang, tempe dan tauhu.
gaul rata.
sedia untuk dinikmati.

Dah siap dahh..
Nampak sikit pulak sayurnya.
malas betul nak placing masakan cantik-cantik.
Sebab tu lah blog Mama Yan ni sendu aje walaupun dah berbelas tahum wujud.
Gambar gambar tak berapa nak menarik.
Kontent pun tak best..hahaha...
Tapkpe, yang penting Mama yan masak sedap..
Tak caya?
Bagus tak percaya.. sebab tu semua poyo

Sambal goreng ni ada banyak cara dan versi..
ada yang begitu dan begini..
tapi kan,
memasak ni takde betul dan salah.
Ikutla masing masing punya selera.
Cuma janganlah ketara sangat kelainannya..
Contohnya letak Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga siap cengkih dan rempah kari dalam sambal goreng..
memang lah tak salah,
Tapi rasanya dah tak kena dengan tune sambal gorenglah..

Okaylah..
selesai juga entry sambal goreng Mama Yan ni selepas lama diperam dalam folder.
Sekian, wassalam



 




No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad