Kelmarin lepas hantar Ucid, Aril dan Sarah ke kelas mengaji,
MY dan suami terus pergi jemput abang di kolejnya.
Dia nak balik rumah sebab nak hantar seluar jeans dan nak ambil T shirt berkolar.
Dah banyak kali mamanya ni bagitahu, pergi kelas kena pakai kemeja atau tshirt berkolar sahaja.
mungkin seminggu sekali akan kena pakai baju ala korporat,
Kemeja polos dengan tali leher dan kasut kulit hitam.
Seluar dah tentulah kena pakai slack.
Eh... dia pergi bawa seluar jeans pula,
Dia ingat dia masuk U tahun 90 an ke?
Zaman ayah dia kat UTM dulu ye la..
Rambut panjang, pakai tshirt round neck, seluar jeans lusuh dan sandal aje masuk kuliah.
Zaman MY belajar sekitar awal tahun 2000,
dah mula wujud Corporate Day,
Setiap hari Isnin lelaki wajib pakai kemeja, slack dan kasut.
tali leher ikut lecturer.
Ada yang kisah, ada yang tak kisah.
Yang perempuan wajib pakai baju kurung atau office attire.
Kemeja blouse dengan seluar slack atau skirt labuh.
Hari biasa masih dibenarkan pakai jeans dan sandals.
selekeh betul mahasiswa zaman lampau.
zaman sekarang rasanya dah semakin ketat bab disiplin pakaian rasanya
Lepas dah ambil abang,
singgah pasar pulak beli ikan.
MY masak dan makan di rumah aje tengahari tu.
Petang baru keluar semula untuk hantar dia balik.
Tengah hari tu Mama Yan masak kari ikan, tapi bila dah siap masak baru perasan.
Bukan guna serbuk kari ikan,
tapi 'serbuk gulai ikan'.
adehh.. raban betul laa...
Sebelum hantar Abang balik,
memang wajiblah ada sessi makan-makan dulu.
Kali ni kami memilih Big Twin Cafe yang terletak di bandar Pontian.
cafe ni terletak bersebelahan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Pontian.
nah alamat.. boleh tengok maps atau waze
40, Jln Delima 3, Pontian Kecil, 82000 Pontian, Johor Darul Ta'zim
Ingat nak cari warung sekitar kampung Rambah ke, Kukup ke..
Tapi Abang nak singgah ke Maybank dulu daftar dia punya secure2u MAE.
Orang dah over 18 years old kan..
Nak la bayar bayar pakai QR.
Tu yang ke bandar Pontian dulu cari Maybank.
Masuk dalam cafe,
anak anak dah bisik bisik.
kedai ni simple sangat.
agak suram sebab dinding warna hitam.
Sorang anak MY siap cakap..
Mesti lambat macam kedai *teeettt* hari tu...
belum apa apa dah kena judge ye...
Ada lagi lah anak-anak MY mengomel itu dan ini.
MY cuma tunjuk jari di bibir je suruh diam.
Budak lagi kan..
Memang kurang common sense.
Semua benda nak tegur.
Menu pertama sampai adalah Ucid punya Spaghetti Meat Ball.
Komen Ucid "Dah kenapa tabur serbuk-serbuk perisa tepi pinggan? Membazir je.''
"Itu untuk nampak aesthetic la..."
"Tak aesthetic pun, nampak selekeh dan messy''
Ya ampun...
"baca Bismillah dan makan je lah diam-diam"
geram pulak dengan budak gendut sorang tu tau.
Dan macam biasalah...
Sekejapan aje makanan dia *sapan
Yang ni pula Menu pesanan Abang dan Moq.
Spaghetti Chicken Chop.
Bukan main sedap tengok Moq memintal spaghetti masuk mulut.
Lepas habis makan,
Moq pun cakap,
"Rasanya Moq dah under estimate kedai ni. Makanan dia sedap"
Ni Chicken Chop Adik Mijan.
Dia asyik cakap saya lapar.
Tapi makanan dia tak habis pun.
Memang style dia makan macam tu.
habis berkecai kecai ayam tu.
dia pilih isi yang betul betul berwarna putih. Kalau ada warna darah gelap atau isi tu gelap sikit, tak makan.
Tapi bahagian dada taknak pulak.
Antara yang sedap kat sini adalah kentang goreng dia,
Rangup di luar, lembut di dalam,
Tak terlalu masin tapi berlemak.
Jauh lagi sedap dari fries M.
grilled chicken Chop ni Sarah punya.
Banyak betul dia punya fries tu. Ucid la yang tukang habiskan.
Saiz perut Ucid kan dua kali ganda perut Sarah
Garing di luar dan juicy di dalam.
Sedap sangat kata Sarah.
Habis dia makan,
Tinggal tulang lutut ayam tu aje
Ni Mama Yan share dengan suami,
sebenarnya MY order mashed Potatoes aje.
Sebab masih kenyang lagi.
tapi suami nak juga orderkan Striploin steak ni.
Kongsilah dengan suami.
tapi macam MY makan sorang aje.
Suami nak well done tapi dia tengah sakit gigi lagi,
Takut well done keras sangat.
ambil medium well.
Tapi dia kata masih ada air daging.. hahaha
Sedang sedap la tu.
Tak kering sangat, masih ada juice daging.
Jadinya...
suami makan kentang aje lah...
Daging yang sedap tu,
binik dia punya.
Kalau nak empuk samapai lerai,
tak boleh la makan steak.
Kena makan rendang tok..hahaha
Jumlah harga yang dibayar untuk 5 dewasa dan 3 kanak-kanak adalah RM221.
Untuk western food siap air agak berbaloi juga rasanya.
Lagipun anak anak semua puji sedap..
pakej ajak repeat sebab nak cuba menu lain pula..hihihi
Cuma tu lah..
Interior design kedai ni simple sangat.
At least taruk la gambar hiasan di dinding.
Cafe menghadap laut kan...
Letak la frame gambar laut ke..
Gambar kapal layar ke...
Takpun gambar makanan yang dijual..
Striploin steak tu ambil gambar lepas tu print besar besar lawa lawa.
Mungkin owner dia minimalist kut.
Mijan, cepat mama ambil gambar Mijan.
Cuba senyum sikit.
Hmm..Anak istimewa ni memang ada kakeliruan untuk senyum bergaya.
Kira hensem dah la tu ye..
Okay.. akhirnya sampailah kita ke stesyen terakhir.
KMKJ Pontian.
Perjalanan dari Cafe ke Kolej abang ni mengambil masa sekitar 12 minit dengan perjalanan santai.
Kalau dengan pemanduan ala Lewis Hamilton mungkin tak sempat habis sendawa dah sampai.
Semoga abang dapat belajar dengan baik di sini.
Dapat berkawan baik-baik.
Kalau pointer tak lawa,
Nanti susah nak dapat tempat untuk sambung ijazah.
Selamat berjaya Abang Mukhlis.
Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak anak mama walaupun di mana pun korang berada.
Sekian, wassalam
Glosari:
sapan - Bermaksud habis rosak, binasa, lenyap, atau musnah sama sekali.


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)