Sebenarnya ni kejadian 8hb May yang lepas,
Dah nak sebulan berlalu baru nak upload story ye.
Kisah anak bujang sulung Mama Yan ni la…
Accident dalam perjalanan nak pergi solat Jumaat.
Dia nak keluar dari simpang ke jalan besar,
Datang sebiji motor ni pula, bagi signal nak membelok ke kanan,
tapi tak membelok pun,
Berdentumlah sudahnya.
Asbab panik,
Kereta pun terlajak masuk semak.
Pecah sikit bumper depan,
Pintu belah kanan penumpang belakang kemek kesan pelanggaran,
Anak-anak MY empat orang tu semua baik-baik aje.
Tapi penunggang motor tu,
Masuk hospital dengan beberapa kecederaan lah.
Masa ni si Abang ni baru seminggu dapat lesen memandu,
Mak konfiden la bagi dia bawa kereta sebab dia dah selalu memandu dengan pemantauan ayahnya di sebelah,
Tapi tu lah…
Menda dah jadi.
Masa dia nak memandu tu,
MY tanya dia,
Tak beli sticker P ke?
Pusat memandu tak bagi sticker ke?
Dia macam blurred,
“Sticker P? Entah cikgu memandu tu tak cakap apa apa pun”
Dia tidur agaknya masa kelas undang-undang…
Mama Yan pun ingatkan sekarang dah takde lesen P,
Sebab jarang nampak kereta ada tampal sticker lesen P.
Baru beberapa minit diorang keluar rumah,
Anak MY dah call,
“Mama datang sini cepat, abang langgar orang”
Fuhhh… MY yang masa tu tengah sengugut,
Terus hilang sakit perut MY tu.
Tunggu sampai mangsa pergi hospital naik ambulan,
Bercakap sekejap dengan IO polis trafik,
Kemudian, suami MY pun sampai.
Mama Yan pun balik rumah.
Ni dah sampai dah surat saman,
Minta abang datang ke mahkamah,
Tarikhnya sama pula tu dengan temujanji klinik pakar adik Mijan,
Aduhhh…
MY kena drive sendiri la ni ke JB untuk hantar adik Mijan nanti.
Sebab suami nanti kena jemput abang di matrik dan hantar ke mahkamah pula.
Harap dipermudahkanlah urusan.
Motor mangsa suami dah bayarkan kos pembaikan.
Dah bayarkan juga kos perubatan.
Harap-harap tak diteruskan pula dengan saman bodily injured.
Walaupun motor tu bagi signal ke kanan dan kemudiannya dia tak membelok,
Tapi tetap kita yang nak keluar simpang ni salah ye,
Kerana tak memastikan keadaan benar benar selamat sebelum keluar simpang.
Kejadian ni viral ya di Facebook page tempat tinggal kami,
Siap keluar surat khabar diorang bagai,
Kaum C kan..
Memang cakna betul bab-bab macam ni,
Kena pulak budak Melayu yang langgar.
Memang bagi kaw kaw la kan.
Cuma terlejut la tengok anak MY siap pangku mangsa,
Adehh.. baik bebenor ko ni bang.
Mujurlah anak MY dah ada lesen,
Pagi tu dia nak jemput adik Mijan balik sekolah naik motor,
Mama Yan tak bagi sebab dia belum ada lesen motor,
Ada lesen L aje, belum boleh bawa penumpang
Alih alih petangnya pula kena.
Menyesal pula MY tak hantarkan diorang pergi solat Jumaat macam biasa,
Tapi kebetulan memang MY sakit perut masa tu.
Lagipun kalau tak dibiasakan memandu..
Bila lagi nak pandai? Kann?
Walaupun rasa kesal tu ada,
Tetap sahajalah menerima ketentuan dariNya,
Menda dah pun terjadi…
Hadap aje lahh Aziannn…
.jpeg)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)