Minggu lepas,
Suami Mama Yan belanja semua staf sempena hari akhir anak MY membantu di syarikat.
Sekali juga dengan sambut hari lahir Hajar.
kami pergi ke makan tengah hari di restoran Asam Pedas, kampung Sungai Melayu.
tengah cuti sekolah kan..
Boleh la MY mengekor sekali.
Kalau tidak tu,
memang asyik kisahkan anak sekolah je.
Ambil, jemput, hantar...
bagi makan apa semua.
Tak ramai pun...
Kompeni kecik je.
Gelap gelita para jejaka ni.
masing masing kena panggang bila hari panas,
kuyup bila hari hujan.
Jadi, sesekali kita belanja makan sebagai menghargai jasa mereka.
Ni la makanan kami hari tu.
Ada kupang masak pedas,
asam pedas ikan pari,
Asam pedas ikan merah,
kangkung dan kailan,
Ikan merah masak tiga rasa,
Udang butter dan ikan goreng kunyit.
Alhamdulillah... semua makanan habis licin.
Ada la asam pedas ikan pari tinggal 3 ketul,
MY suruh bungkus bagi la sesiapa yang nak.
Kampung Sungai Melayu ni bukan setakat tempat makan asam pedas tapi juga ada eco tourism.
Naik bot kemudian susuri sungai.
Kami tak pergi lah.
Masing masing ada kerja nak sambung semula lepas makan.
Kek hari jadi Hajar kawan kawan opis belikan.
siap ada hadiah...
Mama Yan dah pesankan kek Mamasab sehari awal untuk Hajar.
lepas makan makan,
MY dan suami bawa abang pergi beli kasut untuk pergi kuliah.
Padahal kasut lama elok je lagi.
ehh... nak juga yang baru.
Hai la anak.
Ayah ikut aje la..
kebelakangan ni, terasa malas betul nak ambil-ambil gambar.
lepas tu,
bila nak tulis blog takde bahan.
Dah menyesal pula tak ambil gambar.
hahaha...
Okaylah.. lepas ni MY berazam nak ambil gambar banyak banyak
Caiyokkk!!!


.jpeg)

No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)