Novel Gundik Uyang karya Maria Kajiwa ni Mama Yan beli melalui platform Shopee.
Mama Yan tanya sendiri penulisnya di Thread,
Apa novel yang paling sesuai untuk beginner.?
Penulis sendiri mencadangkan buku Gundik Uyang ni.
Gundik Uyang merupakan sebuah novel seram dan misteri yang membawa pembaca menyelami kisah sumpahan lama,
dendam makhluk ghaib serta amanah yang diwariskan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya.
Edisi Siri Gerbang Puaka terbitan Buku Prima ini mempunyai 160 muka surat dan diterbitkan pada tahun 2023.
Kisah bermula apabila fenomena jerebu yang melanda negara menimbulkan kegusaran dalam hati Tok Isa.
Bagi orang lain, jerebu mungkin sekadar fenomena cuaca,
tetapi bagi Tok Isa,
ia mungkin membawa petanda bahawa sesuatu yang telah lama terkunci bakal kembali bebas.
Petanda itu berkait rapat dengan Gundik Uyang,
makhluk yang menyimpan dendam terhadap dua keturunan iaitu keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib.
Ketika berburu di hutan,
Tengku Wazir bertemu dengan Uyang Candrakani,
seorang wanita yang memiliki kecantikan luar biasa.
Pertemuan itu akhirnya menggugat rumahtangga putera mahkota dan seluruh keluarga diraja,
ia juga menyebabkan malapetaka berpanjangan ke seluruh keturunan.
Persoalannya, siapakah sebenarnya Uyang Candrakani?
Adakah dia benar-benar seorang wanita kebanyakan?
adakah dia puteri seorang puteri alam bunian?
atau sebenarnya makhluk jelmaan yang jatuh cinta kepada Tengku Wazir?
Sultan Sulaiman berusaha untuk memisahkan Tengku Wazir daripada Gundik Uyang,
Pawang Taib yang merupakan pawang istana berusaha menunaikan titah sultan. Daripada situlah bermulanya dendam Gundik Uyang kepada kedua-dua keturunan itu.
Tok Isa berusaha melawan Gundik Uyang dengan segala cara yang diketahuinya.
Tok Isa kembali ke Hutan Tangga Tujuh untuk mencari Istana Pelambangan.
Bagi MY, tarikan cerita ini terletak pada gabungan misteri, kisah istana Melayu, alam ghaib dan dendam turun-temurun.
Jalan ceritanya tidaklah hanya bergantung kepada kemunculan makhluk menakutkan,
kalau dalam filem sekarang orang sebut 'jump scare',
tetapi perlahan-lahan membuka rahsia tentang siapakah Gundik Uyang dan punca mengapa Gundik Uyang berdendam kepada dua keturunan tersebut.
MY suka sebab tulisannya tidak meleret-leret.
Setiap chapter, setiap perenggan ada perkaitan penting antara satu sama lain.
Lagipun buku ni tak tebal sangat, jadi tak terlalu lama untuk dihabiskan dalam beberapa kali sesi membaca.
Kesudahan cerita ini agak mudah dan tidak terlalu rumit untuk ditebak.
Sesuai sangat untuk pemula novel seram.
Ataupun mereka yang acah acah berani tapi sebenarnya penakut.

Menarik jalan ceritanya.
ReplyDeleteMacam menarik je, suka layan novel misteri gini walaupun kita penakut hehehhe.
ReplyDeletemenarik jalan ceritanya. tapi tachoooot
ReplyDeleteWalaupun saya bukan peminat novel, rasa macam lama tak nampak novel misteri macam ni.
ReplyDelete