Bersambung dari entry Lawatan ke Zoo Melaka bersama Anak anak PPKI,
Selepas selesai makan tengah hari,
kami pun bertolak ke destinasi kedua kami iaitu The Shore Oceanarium yang terletak di tingkat dua shopping Mall The Shore
Konsep tempat ni macam Aquaria KLCC la,
Tapi kat KLCC tu besar,
Oceanarium ni kecil aja,
ikan-ikan ni pun semua saiz sederhana aja,
tapi okeylah menarik juga untuk anak-anak.
Harga tiket RM 40 untuk dewasa kalau tak silap.
Kami diberi cermin mata 3d untuk menonton filem animasi 3d,
Sekejap aje tayangannya,
Menjerit-jerit anak anak seronok.
Bukan sahaja video tu nampak real dengan penggunaan cermin mata 3-D,
tetapi kerusi di dalam panggung wayang itu pun bergerak-gerak dan bergetar getar mengikut mengikut video animasi yang ditayangkan,
Nampak tak wajah teruja adik Mijan menonton animasi 3D tu?
bayangkan Megi udang karang...
Berkepit aje macam belangkas.
Tu lah dia contoh berkepit macam belangkas.
kat sections interaction touch pond ni,
kita dibenarkan menyentuh belangkas ni.
boleh nak pegang-pegang tapi sia tak benarkan kita bawa keluar dari aquarium,
Ada ikan yu dan tapak sulaiman juga untuk disentuh.
Kalau ada banyak masa,
Kenalah berhenti setiap satu station dan baca setiap penerangan,
Tengok dan hayati hidupan dalam akuarium tu,
barulah best dan berbaloi.
Tapi sebab kita ni ikut rombongan,
tak sesuai nak berlama lama,
Kena ikut flow, nanti tertinggal pula.
Replika macam ni memang menarik minat anak anak nak bergambar
Dalam banyak banyak benda di kedai cenderamata,
dia boleh nak beli sotong warna pink.
Ni je la kut gambar solo MY sepanjang di Melaka hari tu.
Mijan yang ambilkan gambar.
Mama Yan pakai tshirt dan jeans aje.
Selesa.
Next destinasi bersambung dalam entry seterusnya.
Sekian, wassalam



.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

Comel la sotong pink tu
ReplyDelete