Hari Selasa 15.9.2026 hari tu,
Kelas PPKI Adik Mijan mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka.
MY pun tak ketinggalan mengikuti lawatan tersebut.
Berkumpul di hadapan sekolah seawal 5.45 pagi.
Solat Subuh di surau sekolah dan kemudiannya bertolak sekiitar jam 6.20 pagi
Naik je bas terus perut MY berbunyi.
Cikgu ada bagi air mineral dan roti coklat untuk penjaga,
untuk murid pula,
ais susu kotak sekolah dan roti.
Tapi MY bawa bekal susu Glucerna.
Kami berhenti rehat untuk sarapan nasi lemak di R&R Pagoh.
Sampai di Zoo Melaka pukul 10 pagi.
walaupun nampak macam mendung,
tapi panassss....
sebab jerebu.
Pagi ni je beria dengan topi, spek itam, beg silang bagai.
Dah panas & rimas,
Mama yang kena pakai topi,
yang lain semua masuk beg mama.
tengok lembu pun excited.
Budak budak kan...
kami tak sewa tram.
Memang berjalan kaki sepenuhnya.
Penat ya ampunnnn...hahahaha
Macam-macam bunyi dak Mijan buat.
haiwan kat dalam tu pun confuse agaknya.
siapa yang patut duk dalam zoo ni?
part ni paling best..
bagi makan gajah.
Masa kami pergi awal tahun 2024,
Mijan masih kuat tantrum.
tak berapa enjoy pun.
Tapi ni dia dah besar sikit dan pergi dengan kawan-kawan.
Nampak lah lebih enjoy.
Mama dia ambil gambar dan perhatikan saja.
Mama Yan nak bawa duit kecik lebih untuk senang beli makanan makanan haiwan.
Tapi suami MY kata,
sekarang zaman semua orang pakai QR la.
Okayy...
sekali MAE Mama Yan asyik loading je kat zoo.
Mujur ada juga bawa duit RM 10 beberapa keping.
Kami keluar dari zoo sekitar jam 12 tengah hari.
terus bas bawa ke tempat makan di kawasan rehat Air keroh.
cikgu dah order secara buffet nasi berlauk asam pedas ikan pari, sayur kobis masak lemak dan telur dadar serta air teh o ais.
Untuk anak anak pula ada ayam goreng.
Sedapnya asam pedas kat sini.
Tak pedas sangat,
tak cair sangat.
just nice kata orang.
Mijan makan siap minta tambah nasi.
Tambah kan juga ayam seketul.
Untuk tambah ayam kena beli asinglah..
Eh.. MAE masih berputar.
Dah la ada satu bank aje.
hehehe...
Bayar ajelah pakai duit RM50.
Lega rasa lepas berpenat-penat kat zoo,
dapat makan dan minum.
Harap-harap banyaklah lelemak Mama Yan terbakau sepanjang waktu menapak dalam zoo tu.
Aktiviti seterusnya..
akan bersambung dii lain entry.
Nak letak watermark kat gambar dulu...
Sekian, wasalam.
**Nota kakii**
keyboard MY dah rosak, huruf i dan e kebanyakannya akan jadi double.
Abaiikan ejaan yang salah.
Tak larat nak semak satu persatu.


.jpeg)


.jpeg)

Seonok ni sis.Anak2 sy ada jgk ajak repeat ke zoo melaka ni last pegi tahun 2022 kalau x silap =D
ReplyDeleteJauh perjalanan tu. Tentu Mijan seronok dapat join lawatan bersama kawan-kawan. Dapat jugalah Mama Yan jalan sekali.
ReplyDeleteBetul tu, cuaca mendung tapi terasa bahangnya tu. Tak tahan juga.
Kali ni dia betul-betul enjoy pergi Zoo. Lama jugalah dalam Zoo tu. QR dah canggih dah tapi tulah kadang line pulak macam siput.
Jarang asam pedas Melaka tak sedap kan.
Typo tu perkara biasa, kami faham.
Cuba vacuum keyboard tu, kot ada bendasing tersekat bawah tu. Kalau rajin, buka dan bersihkan.
Mujur standby juga cash tu boleh la guna bila online banking buat hal.
ReplyDeleteAdeh, MAE buat hal pulak ye, syukur ada cash.
ReplyDeletePergi rombongan ni seronoknya lain, dgn family lain. Anak-anak PH pun kalau ada rombongan sekolah mmg nak join wpun dah pernah pergi tempat tu.
Gajah tu nampak macam tersenyum terima makanan dari Mijan. 😊
ReplyDeleteSedap tengok lauk asam pedas ikan pari tu.
Tempat macam ni memang heaven la untuk anak-anak. Deme tak penat ke hulu ke hilir berlari tengok haiwan. Kita yang dewasa ini la macam adoi la jenuh nak berjalan. Lauk asam pedas ikan pari itu nampak molek sungguh
ReplyDelete