Lawatan sambil belajar ke Mamee Jonker House Melaka - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, September 21, 2026

Lawatan sambil belajar ke Mamee Jonker House Melaka



 Ini ialah episod terakhir lawatan Mijan dan kawan kawan ke Negeri Melaka.
Destinasi terakhir kami ialah Mamee Jonker House yang terletak di Jonker Walk.
Bas berhenti di bangunan merah Stadthuys
 tu.
Kenalah menapak ye…
Dah namanya Jonker Walk… memang kena walk la kan.

Menapak beramai-ramai tak la rasa penat pun,
Enjoy tengok orang berniaga kiri kanan,
Banyak kedai…
Mama Yan singgah satu kedai beli topi Spiderman kat Mijan.

Kami buat aktiviti noodle doodle,
Mewarna bekas mamee cup tu.
Cincai ajelah…
Sebab tak berapa rajin. 
Bukan main lagi Mijan bebelkan mamanya sebab tak warna ikut warna yang betul.
Mamee monster ni warna biru..
Mama salah.
Nampak ni? “
Sambil tunjuk gambar Mamee kat dinding.
Dia cari pen warna biru suruh tukar…
Hahaha…
Sorry la nak.. mak tak rajin.



Takde apa lah yang menarik pun kat sini.
Untuk budak budak okayla kut.
Kalau dah penat penat menapak,
Nak duduk duduk,
Boleh la masuk sini melukis kejap.
Harganya dalam RM16 untuk satu cup.
Dah siap lukis lukis, 
Bawa cup kita ke kaunter belakang.
Nanti mereka akan isikan mi, perencah, seal bekas dan masukkan dalam kotak yang comel.


tekun ye masing masing mewarna bekas Mamee tu.

.
Menunggu cikgu cikgu yang lama. 
Sebab cikgu memilih souvenirs. 
Kami mak mak yang dah siap ni,
Berborak aje lah.
Anak anak dah kepenatan sebab takde aktiviti sambil menunggu.


Mijan dan Mamee cupnya.
MY beli fridge magnet nak jajan Mamee & Mister Potato aje
Anak ramai kan..
Kena la beli jajan banyak 

Lepas selesai aktiviti di Mamee Jonker House,
Kami pun bergerak semula ke bangunan merah.
Gambar ni masa turun bas sebelum bergerak Mamee House tu.
so semua masih sporting lagi ajak bergambar.

Balik dari Mamee House tu,
Sementara tunggu bas sampai untuk jemput kami semula,
Masing masing dah nak start enjin tantrum,
Yang ajak balik, yang menguap, yang merengek,
Yang hentak kaki semua ada.
Biasalah anak anak PPKI kan…


Lepas selesai  aktiviti di Mamee Jonker House,
Kami pergi ke Masjid Selat Melaka untuk Solat Zuhur dan Asar yang dijamakkan.
Cantik sungguh masjidnya.
Ramai yang mandi dan segarkan diri selepas seharian berpenat berpeluh. 
Mama Yan tak mandi pun.
Mijan pun tak mandi. 
Kat rumah masih lagi perlu ditemani dan diperhatikan untuk mandi.
Kang ada yang dia keluar togel kat kang..
Kacau.
Maknya tak boleh masuk tandas lelaki untuk uruskan.
Mujurlah dah pandai pergi tandas untuk buang air. 
Cuma kadang tu ambil masa yang lama untuk basuh tangan.

Selepas selesai solat,
Kami pun bertolak balik ke Pekan Nanas.
Lega rasa.
Berhenti rehat di Hentian Rehat & Rawat Pagoh arah Selatan.
Makan malam kali ni sendirian berhad.
Pilih lah nak makan apa dengan anak.
MY makan chicken chop
Mijan makan nasi chicken Chop,
Tapi tak habis pun makan sebab chicken chop dan sejuk dan keras.
Nak potong pun liat.
Kentangnya pun.. kentang sejuk faham faham la…
Takleh nak telan.
 
Akhirnya… sampai juga depan sekolah Mijan lagi 10 minit pukul 11 malam. 
Suami dan anak kembar MY dah sedia menunggu.
Leganya dapat balik mandi dan rehat.

Seharian berjalan, sakit kakinya dua hari ok..
Hahaha…
Okaylah sekian dulu kisah lawatan ke Melaka bersama anak-anak syurga,
Wassalam..





No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad