Pergi check up klinik - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, September 24, 2026

Pergi check up klinik

Isnin minggu lepas MY pergi Klinik Kesihatan kerajaan yang berdekatan dengan rumah MY.
Temujanji pukul 9 pagi.
Pukul 8 MY dah keluar rumah..
Duduk kejap main hp dalam kereta,
Tepat 8.30 Pagi barulah MY bergerak ke kaunter pendaftaran.
Kalau awal sangat dari waktu temujanji,
Nanti nurse bising.

Kali ni MY kena jumpa doktor untuk review keputusan darah yang diambil 3 minggu lepas.
Alhamdulillah… 
Bacaan fungsi hati Mama Yan dah kembali pulih.

Rasanya MY tahu kenapa fungsi hati hari tu bacaannya agak merosot.
Tapi tak confirm la seratus peratus.
Cuma sangat yakin je.

Masa kat klinik pun bacaan tekanan darah MY agak terkawal.
Syukur sangat…
Lepas doktor tukar ubat darah tinggi MY bulan April 2026 hari tu,
Bacaan tekanan darah MY lebih stabil.
Maknanya ubat baru yang doktor bagi tu sesuai la dengan MY

Ubat masih lagi teruskan ubat yang sama, selagi mana tak tambah dose lagi dah, MY bersyukur sangat

Hujung bulan November nanti, MY akan ambil darah lagi untuk bacaan HbA1C pula,
Kemudian barulah jumpa doktor untuk review keputusan darah gula tiga bulan tu,
harap-harap bacaan gula MY berada di paras normal.
susahnya nak cut sugar ni.
Hahaha…
Rasa hilang nikmat makan minum ni tau…
Semuanya nak kena tawar hebeh tak berasa menda.

Semoga MY berjaya mengawal semua penyakit yang ada...
Chaiyokk!!










 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad