Thursday, July 11, 2019

Anak perempuan vs Menantu perempuan

Pernah terdengar rungutan rungutan dari beberapa orang kawan tentang ibu mentua.
Bila anak perempuan dia sendiri buat, mak mentua kata bagus dan elok,
kalau menantu perempuan pulak yang buat begitu, tak pulak dikata elok, ada saja salahnya.
Ni contoh kes kes yang melibatkan menantu perempuan dan mentua..


KES 1.
Anak dan menantu perempuan suap anak yang dah besar makan. Beberapa orang, umur sekitar 3-7 tahun.

Bila anak perempuannya suap anak anak makan, 
"Bagus suap budak budak ni makan, makannya banyak, budaknya kenyang, rumah tak bersepah"

Bila menantu perempuan pulak yang suap anak,
"Dah besar pun disuap lagi. Biarla budak-budak tu belajar makan sendiri. Ni takde lain, maknya malas mengemas la ni"

KES 2
Hantar baju untuk dicuci siap lipat dan gosok kat dobi

Bila anak perempuannya hantar baju di dobi
"Bagus la, balik tinggal masuk almari je. Tak payah penat penat dah."

Bila menantu hantar dobi untu keringkan baju
"Alah... mak dulu buat ampai dalam rumah. Takde kisah nak bazir duit hantar dobi"

KES 3
Pakai perencah segera untuk masak

Bila anak perempuan sendiri masak pakai pes segera
"Eh sedap jugak pakai pes ni. Cepat siap pun iye, sedap pun sedap. Senang kerja"

Bila menantu masak pakai pes
"Puihh...tak sedap la masak pakai rempah rempah segera ni. Mak tak biasa. Orang malas je yang pakai benda segera dalam paket ni."

KES 4
Bersalin hospital swasta bintang bintang super selesa

Bila anak perempuan bersalin hospital swasta
"Alhamdulillah, selesanya wad ni. Untung dapat suami orang ada-ada"

Bila menantu perempuan bersalin hospital swasta
" Hmm..mahal hospital ni...siapa yang bayar? Beranak mana mana pun sama aje sakitnya"

KES 5

Raya.

Bila anak perempuan sendiri turn balik rumah mentua.
"Takpe...dah jadi isteri orang. Gilir gilir tahun la."

Bila menantu perempuan nak gilir balik raya kampung sendiri.
"Kena raya kampung suami dulu, lebih afdhol"

KES 6

Beranak rapat

Bila anak perempuan sendiri beranak rapat-rapat
"Takpe, rezeki"

Bila menantu perempuan pulak beranak rapat-rapat
"Kau tak merancang ke?"

KES 7

Berhenti kerja

Bila anak perempuan sendiri, suami suruh berhenti kerja.
"Dah suami suruh berhenti, kena la ikut cakap suami."

Bila menantu perempuan pulak berhenti kerja suami suruh
"Cukup ke belanja ni nanti? Teruk la Si A kena kerja sorang. Rumah kereta susu pampers anak..."

KES 8

Demam

Bila anak perempuan demam.
"Si A dah bawak klinik? Nak makan apa? Biar mak masakkan."

Bila menantu perempuan demam teruk, minta tolong tengokkan anak kejap
" dah tahu demam, makanlah ubat."

KES 9

Masak tak sedap (tak kena selera mentua)

Kalau anak sendiri masak tak sedap
" Alah macam mana nak pandai masak, duduk asrama sejak tingkatan 1. Lepas tu sibuk belajar je"

Kalau menantu masak tak kena selera dia.
"Orang kalau rajin masak, dari tak sedap, lama-lama pandai juga. Ini dah bertahun kawen, macam tu je masaknya. Belajar la...tak tahu tanya"

KES 10

Hendak dimadukan.

Bila anak perempuan sendiri nak dimadukan
"Kurang hajar punya menantu. Berani ko duakan anak aku."

Bila anak lelaki sendiri nak madukan menantu
"Alah redho aje lah. Nantikan dapat payung emas"


*Disclaimer
Tapi yang kat atas ni semua rekaan semata-mata ye..
Takde kena mengena dengan sesiapa pun...
Sama ada masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Semoga segala-galanya baik baik aje k
Wassalam

Gambar hiasan : Lawa pulak warna tudung ni. 



16 comments:

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah.. Family mertua Sha memang tak ada anak perempuan..
Mertua pun alhamdulillah tak de nak membanding ke apa antara menantu..

hamkarosli said...

nampak macam adengan dalam drama, tapi sebenarnya ramai je yang hadapai masalah macam ni. sebab tu keserasian dgn keluarga mertua tu penting sebelum decide untuk kahwin.

Madam And the kids said...

Betul. Biarpun cuma rekaan pada jalan ceritanya tapi realitynya itulah dugaan jadi menantu perempuan. Oleh tu ,jika diduga dgn mertua seperti atas tu ,banyakkan sabar dan banyakkan doa kepada Allah. Bila kita ikhlas , kita akan abaikan je pada bisikan shaiton yg suka buat porak peranda antara anak menantu vs mertua.. Actually ,maq baru nak buka topik ni kat blog hehe .

Shikin Razali said...

Memang dalam realiti kehidupan ini, ada yang menghadapinya..

AzianKhalil said...

Sha Mohamed> Alhamdulillah...
Hamkarosli> Banyakkan berdoa aje lah...supaya keserasian tiba..ye dak
Madam > berdoalah kita supaya dijauhkan dari bisikan dan tipu daya syaitonnn
Shikin Razali> tulah kan..semoga kita dijauhkan

Tuan Hanafi said...

macam macam ada dalam dunia ini...

semuanya boleh selesai jika kena caranya

Warisan Petani said...

Mak2 mentua sekarang dah tak macam tu lagi.
Malah ramai yang takut dengan menantu perempuan pulok

Sunah Sakura said...

ini ke artis yang bercerai tu? huhuhu

Rubiah Kadir said...

Hakikat dan realiti sebenarnya. Situasi-situasi dalam kes tu memang wujud kan, Kak Azian

norhidana said...

hahahhah sambil baca sambil pikir, ada tak mak mertua ckp mcmtu kt aku ek... mcm takde je, tp mungkin ada jgk jenis mertua gitu kan...

kalau jd kt kite, fuhhh mmg sedih wooooo

MunirahMH said...

belum berpasangah, harapnya dptla memahami,

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

hihi..biasanya kalau suke semua nampakindah belaka ...kalau dah tak suke , kau buat lah apa pun tetap salah kat mata di a...tapi syukur mak mertua i baik ... :) salam singggah

dear anies said...

dapat mertua baik = rezeki, dpt mertua sebaliknya = ujian. mungkin ramai yg x amik peduli / tak fkir panjang perkara ni sblm berkahwin dan apabila berlaku konflik mereka tak bersedia mendepaninya.

apa2 pun yg berlaku, hrp kedua pihak dpt tangani dgn bijak. sbb hidup kita ni tak lama mn pun utk terus berkonflik...

Raz said...

wahh sungguh tepat sekali

Abam Kie said...

kena berbaik sangka la. anak lelaki kena jadi pendamai dlm kes ibunya n isterinya.

Suria Amanda said...

Tak pernah rasa ada mak mertua...sebab masa kawen dulu mak mertua dah lama meninggal..

Klik! Klik!

Post Terhangat