Wednesday, July 3, 2019

Kacang Buncis Goreng Sotong

Kadang kadang kan...
Balik kerja pun dah lewat...
Penat hadap traffic jammed lagi...
Penat dengan kerja lagi...
Stress dengan orang kat tempat kerja lagi...
Rasa nak masak yang simple simple je supaya cepat dimasak, dan cepat boleh makan

Cepat makan, cepat boleh tengok buku sekolah anak,
Cepat settle, cepat la boleh baring2 dah..

Mama Yan selalu gak masak yang 2 dalam 1..
Maksudnya...lauk dan sayur dalam satu menu je...
Contohnya kacang buncis yang digoreng dengan sotong ni...
Eh ke ni namanya sotong goreng dengan kacang buncis...
Tak kira lah siapa goreng siapa...
Yang penting dalam perut hadam bersama..
Ye dak?


Resepi yang mudah lagi simple ni Mama Yan masak malam tadi...
Siang masa balik tengahari, 
Mama Yan dah siang kacang buncis sementara gorengkan ikan untuk budak budak balik sekolah...
Lepas tu, kacang masuk tupperware, masuk peti ais.
Masa ni belum decide lagi nak masak apa kacang buncis ni...

Balik kerja,
Keluarkan sotong dari freezer, rendam.
Lepas tu, naik atas jap,
Bersihkan diri dll...
Turun balik untuk masak.

Resepi Kacang Buncis Goreng Sotong

1 ikat kacang buncis
5-6 ekor sotong sederhana besar
1 labu bawang - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
2 biji lada besar merah - tumbuk
Garam
Sos tiram
Daun limau purut

Cara cara masak:-
1. Tumbuk bahan tumis, bawang, bawang putih, halia dan lada.
2. Tumis bahan bahan tumbuk tadi sehingga naik baunya
3. Masukkan sotong. Oh ya.. sotong tu potong2 dulu ye. Jangan campak sekor sekor pula
4. Masak sampai sotong tu masak, kalu tak suka kering2, tambah air sikit. Sikit je ye, kalau tambah air banyak2 karang berdondang sayang pula sotong dalam kuali tu.
5. Bila sotong dah setengah masak, masukkan kacang buncis. 
6. Kacau kacau dan perasakan dengan sos tiram, garam dan letak daun limau purut selai. Masak sampai kuah pekat sikit.
7. Kalau suka kacang tu rangup2, dah boleh matikan api dan masuk mangkuk. Masak sotong yak boleh lama lama ye. Liat nanti.
8. Kalau tak suka kacang rangaup, tutup kejap kualinya supaya sayur kacang buncis tu lembut.

Mama Yan suka letak daun limau purut kalau masak sotong atau udang. 
Ni nak bagi bau dia wangi sikit, 
baru lah ada gaya macam kedai Siam masak.
Kalau nak letak serai boleh juga, tapi tak rajin nak ambik serai belakang rumah.
Yang senang limau purut je...

Alhamdulillah...
Selesai lauk untuk makan malam..
1 jenis aje.
Semoga menjadi makanan yang lazat, berzat dan berkat. Aminnnn


8 comments:

norhidana said...

sedap nih, dana biasa jgk msk mcmni...
masak lauk sejenis tp boh sekali sayur dlm tuh... selalu nya slain yg kuah2 mcm tomyam atau sup, suka bt ayam grg kunyit atau seafood grg kunyit, sbb ada sekali carrot ngn kcg panjang dlm tuh

MunirahMH said...

sotong is my fav!1 yummy

Farhana Jafri said...

sedapnya! Kalau kerja ni mana larat nak masak yang heavy. Masak yang simple je lah asal kenyang perut

dear anies said...

fav sayur sy ni hari2 mkn pun x pe... hehehe

sis gee said...

boleh try resipi ni nanti!tq sharing!!

Warisan Petani said...

simpel tapi sedap

Suria Amanda said...

SA pun selalu buat macam ni...senang dh ada protein ngan sayur utk vitamin

adianiez AIDA said...

kebetulan, kelmari aida masak sotong kunyi combine seperiuk dgn kacang buncis.
2 in 1, kan.
senang.
couple dgn sambal ikan.
jadik lah.

Klik! Klik!

Post Terhangat