Thursday, July 4, 2019

Mesin binding Shopee....Yeayyy

yeay...
semalam Comb Binding Machine yang order di Shopee sampai..
Order 30.6.2019,
Sampai 3.7.2019,
Kira okay la kan...
Takde la lama sangat...

Memang dah lama sebenarnya nak beli ni...
Susah nak buat company profle dan report kalau takde mesin ni...
dah recce kat kat stationary, 
harga sampai RM300 lebih gitu..
This one baru RM99 + Postage RM5 only..
Haa...murah banyak kan...

Then husband pula cakap,
"Entah entah, yang shopee ni kecik, tak sama macam kat kedai"
eehhh..
apaadehal kalau dia kecik...kita buat la sikit sikit..
yang penting, takat nak insert tiga empat lai bank statement tu,
buang masa dan tenaga dan minyak kete je pergi kedai.
Biasala...
bini bini mana nak kalah kalau bab shopping online ni...
ye dak?




Dah try dah semalam...
hihihi..
excited tauu...




Binding machine ni item ketiga beli kat Shopee,
Yang first hari tu,
Beli trolley kecik, hantar kat rumah Mak kat Raub nu...
Buat tempat Mak letak ubat-ubatan..
Yang kedua kali beli vacuum bag...
malas nak pergi cari kat kedai, order online sudah...
senang dan murah

Lazada masih on juga shopping makanan kucing abah..
Tu ada lagi barang barang yang belum check out...
Nantilah..
Tunggu mood mari dulu...
Ni nak beli buffer tray ni...
Tapi tengah fikir lagi..
sebab rumah MY yang comel ni..
Dah sendat,
takde tempat nak simpan barang banyak banyak...
So, buffet tray hold dulu.

Kalau loan approve untuk beli rumah baru,
Baru kita beli buffet tray,
nanti boleh buat House-warming party guna buffet tray tu...
hehehe..
Ok..berangan tak salah.

Lepas ni nak belajar belajar ke FashionValet pulaks..hahaha


4 comments:

Sha Mohamed said...

seronok bila boleh bershopping di Shopee.. Sha tayar motor pun beli kat Shopee.. hehehe..

Eina Md Ali said...

Wahhh, murah banyak ni. Tapi memang best shopping kat shopee, haha

ct cheery said...

Hehe seronok yeh, murah banyak tu

adianiez AIDA said...

murah.
bagus kalau ada ni.
mudah kan keje.

Klik! Klik!

Post Terhangat