Kejut Harimau yang Sedang Tidur - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, July 19, 2019

Kejut Harimau yang Sedang Tidur

Tengah viral ada harimau sesat masuk kampung semalam.
Yang sesat tu harimau ye tuan tuan dan puan...
Bukan kucing....walaupun mereka dalam kumpulan keluarga yang sama.
Ini yang spesies pemangsa...

Mama Yan tengok la beberapa sedutan video klip yang tengah viral...
Wehhh...
Tak fahamm...
Kenapa ramai ramai pergi kerumun tengok harimau sesat tu.
Harimau yang dibelai dimanja kat zoo pun merbahaya...
Inikan pula harimau sesat...huhuhu...

Masing masing tunjuk berani ....
Yang naik motor siap berhenti...
Yang naik kereta siap keluar kereta...
Siap selfie...dan rakam....
Oh ye...
Kalau korang tak rakam...
Tak dapat la Mama Yan tulis entry hari ni...

Harimau tu berada dalam keadaan keliru tu...
Kesian la kat dia...
Kenapa tak call Perhilitan terus? 
Kenapa nak bahayakan diri dengan dedahkan diri kepada dia...

Call perhilitan dan biar perhilitan buat kerja...
Rakam dan viralkan lokasi penemuan hanya mengundang pemburu haram ke kawasan habitat mereka.

Dalam banyak banyak yang sempat MY tengok dalam klip yang sedang bertebaran tu....
Ni Mama Yan screen shot 3 keping...
Masa pakcik tu tergolek atas jalan....huii...darah Mama Yan yang berderau.
Lepas tu ternampak pulak...
Ada yang tengah dukung budak kecik.
Heii....wat de ^#Â¥$;+Â¥#;#%+*@
Aje giler la orang Malaysia ni...
Berani berani belaka weiii....

Kalau setakat budak kecik macam tu....
Harimau tu boleh slurpp one shot ok.

Semoga harimau sesat ni dapat perlindungan sewajarnya dari pihak berwajib.
Rasanya...kalau dia balik masuk dalam hutan dah tak selamat ni...
Dah ramai yang aim dia ni...


Screenshot_20190719-130642_Facebook

Screenshot_20190719-130651_Facebook

Screenshot_20190719-131044_Facebook

5 comments:

  1. blogger_logo_round_35

    Takde kerja buat kerja..SA x faham ang pakcik tu kenapa jatuh guling- guling...

    ReplyDelete
  2. 20190927_082126

    kalau kita la kan, tgh bwk kete tiba2 dia lalu sebelah mesti seriau... tp tulah rakyat malaysia ni ramai yg jakun n saja tunjuk berani... kalau harimau tu punya mood tak betul kan ke naya, kalau ddk dlm kete ddk la diam2.. ni siap kuar kejar2 bt mcm harimau tu kucing...

    ReplyDelete
  3. Snapshot_20240233_190200

    Katanya dipelihara orang...sebab tu macam jinak. Tapi jinak macam mana pun...tetap pemangsa.

    ReplyDelete
  4. sk2

    tanda-tanda harimaumalaya bakal ke piala dunia ni.. selamnya harimau malaya

    ReplyDelete
  5. a

    ada gak tgk 1 video.
    pelik.
    diorang mcm x takut dgn cik belang tu.
    amik video.
    nak rapat kat cik belang.
    karang kena ngap, baru lah nak bertempiaran lari.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad