Balik kampung minggu lepas..

Berterabur susunan entry kat blog MY ni...
Mana taknya...
Ikut kesempatan la...
Kadang² belum sempat edit gambar letak watermatk...
Tu yg tak tak jadi entry tu...

Ni kisah kami balik kampung Raub 8 haribulan hari tu...
Tapi balik kejap je...
Sebab dah planned baik punya...
Ada pulak memo meeting...
Cis sangat tau client ni...hahaha

Dalam perjalanan balik Raub,
Kami singgah rumah adik kat Temerloh...
Ambik anak anak dia semua bawa balik Raub..
Almaklumlah, dorang semua tak dapat nak ke mana mana..
Sebab ayah diorang belum boleh jalan...

Ngeteh dulu kat Restoran TMK,Bentong sebelum sampai rumah atok

Lepak 2 malam je kat Raub dan takde outdoor activity,
Aktiviti sembang², makan², tengok TV..
Mama Yan lepas masak, basuh pinggan, masak lagi, basuh pinggan lagi...keringkan baju kat dobi..
Anak Mama Yan 5 orang sebab Mirzan tinggal rumah atok Segamat,
tambah anak sedara lagi 4 orang..
Memang havoc la kann...
3 kali tanak nasi tak cukup ...
Kain baju sampai tak cukup ampai...
Dah la musim sejuk melanda Raub...
Mendung, berangin, sejuk..
Tak kering semua baju.

Gambar² kat rumah atok Raub tak boleh upload...
Tak senonoh belaka...hahaha...
Balik kali ni...
Alhamdulillah... mak dan abah nampak sihat...
Adik bongsu Mama Yan pun nampak 'sihat' lagi 'kussmangat'..

Gambar gambar kat bawah ni masa pergi keringkan baju kat dobi layan diri...
Bosan menunggu...
Inilah aktivitinya...
Ambik gambar dengan pelbagai aksi...
Orang dah kata tak payah ikut...
Nak ikut juga...
Dah la bosan...
Asyik tanya je bila baju nak kering...






Lepas tu jumpa pula wallet dengan telefon bimbit tercicir atas mesin tukar token kat kedai dobi tu.
Ingatkan wallet budak²...
Sekali buka...
Ha engkau...
Tebal berkepok-kepok duit...
Kad kredit dan kad debit lagi...
Pegang la kejap...
Nasib baik tuan punya dia datang cepat...
Kalau tak.. habis la Mama Yan buat beli Tupperware...
Hahaha...
Taklah..kalau tak nak hantar balai polis je...



Kami gerak balik pagi Selasa..
Singgah Temerloh hantar anak buah dulu..
Lepas tu singgah Segamat hantar anak anak ke rumah mentua dulu...
Lepas Maghrib,
Kami sambung perjalanan balik JB pula...
Alhamdulillah...sampai dengan selamat kat rumah...
Banyak tugasan menanti sepanjang hujung tahun ni..
Semoga Allah permudahkan segalanya...
Aminn...






10 Comments

  1. Budak-budak.. kita keluar je, mesti nak ikut.. Lepas tu bila bosan, mulalah dia mengacau kita.. Bila nak kering? Nape tak berhenti lagi? Hehehe..

    ReplyDelete
  2. bila balik kampung memang aktiviti makan masak itu paling utama...
    budak-budak pun dia punya selera lain macam bila makan ramai-ramai, nasibla dapat kat orang yang jujur, selamat lah wallet ngn hp tuh, kalau dapat kat orang yang panjang tangan memang selamat lah semua tuh

    ReplyDelete
  3. Anak- anak buah SA pun sama...pantang pakai baju ok skit..pakai kasut..terus semua berebut nak ikut..padahal mama dia x kemana pun..

    ReplyDelete
  4. mujur Mama Yan yang jumpa wallet tu...kalau org yg kurang kejujuran yg jumpa, kesianlah org itu

    ReplyDelete
  5. Betul, kalau dapat balik kampung.. jangan kan baju kat ampaiam, baju yang pakai pun basah sentiasa, lepas masak, masak, lepas masak, masak lagi.. haha

    ReplyDelete
  6. Rajin MY melayan anak-anak buah ye :)

    ReplyDelete
  7. Wak balik kampung hari2
    sebab rumah emak kat sebelah aje.

    ReplyDelete
  8. Sha > Kacau mama je...ayah relax main game kat henpon, sikit pun anak tak kacau
    norhidana > betul. balik kampung mmg aktiviti utama nya masak,makan, masak, makan
    SA > kan...pantang mamanya sauk tudung. Nak angkat kain baju kat jemuran pun masing2 dah pakai selipar
    Sheila> Kesian kan kalau hilang wallet ni... duit dah tentu hilang, segala kad kad nak buat baru perlukan duit lagi
    Orchid Putih > hahaha..betul. Baju mamanya ni naik bertaik lalat duk masak dan basuh pinggan
    Puan Hazel > Ayah diorang baru lepas eksiden, patah kaki sebelah. so dah lama diorang tak jalan dan balik kampung
    Warisan Petani > untung wak! Nanti saya nak beli tanah sebelah rumah ni. dah tanya...RM50 Sekaki. tercekik jap dengar.

    ReplyDelete
  9. ha ha ha ha...
    tupperware juga terfikir dlm otak ekk :)
    memang mak-mak sungguh la.

    ReplyDelete
  10. Betullah Yan, musim hujan gini, baju mmg susah nak kering...nak gi laundry pulak malas....sudahnya longgok bawah kipas ajelah....

    Hihi.... kalau tak dah Raya Tupperwarelah Raya ni ye Yan

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...