Pendaftaran sekolah agama dan tadika agama selesai

Alhamdulillah,..
pagi tadi selesai minggu ukhwah sekolah untuk anak yang darjah 1 sekolah agama dan tadika agama johor.
Pagi tadi datang dah siap pakai uniform lengkap...
Mak bapak nya pulak ada taklimat untuk pelajar-pelajar baru ni...

Semalam dah selesai bayar yuran dan duit buku...
abang (darjah 5) = RM 182.10
aril Darjah 1= RM 137.50
sarah (tadika)= RM 322.40
ucid (tadika) = RM 322.40
Total = RM 964.40
Yang nombor 2 tak sekolah agama.
Kesian dia...
Nak kena hantar kelas private agaknya ni...

lepas settle pendaftaran,
pergi cari baju sekolah Aril, Ucid dengan Sarah pulak.
Abangnya yang dua orang tu dah settle dah...
Pergi membeli dengan ayah..
Memang diikutkan aje apa yang anak nak...

Yang tengah tu...tiba² je merajuk. Pening makk


Kalau dengan mamanya ni...
Semua cut cost.
Mencari uniform Tadika Agama Johor (TAJ)..
Kat kedai kat Taman Universiti ni takde...TAJ pun dia tak pernah dengar...
Baju tadika KEMAS ada la...
So..merayap sampai ke Ten Ten Pontian.
Alhamdulillah..
Ada pun..
Tapi takde saiz besar...
Saiz paling besar pun agak sempit dengan Ucid..
Hentamlah labu...



Dah duduk Pekan Nanas, tapi beli uniform anak tak Skudai...
hehehe...
Sebab semalam balik rumah Taman U kejap,
Ambik lesung batu tertinggal.

Oklah...banyak kerja ni..
Tak sempat nak ronda ronda kat blog kekawan..
InsyaAllah..
Esok cuti...Mama Yan meround blog la sikit sikit...

wassalam

10 Comments

  1. Alhamdulillah dah selesai bayar yuran semua. Mesti rasa lega sangat kann. Dah selesai untuk permulaan ni hehee.

    ReplyDelete
  2. Sayidah Napisah > Bari settle part sekolah agama, sekolah kebangsaan belum lagi.

    ReplyDelete
  3. Same here MY. Dah hujung2 cuti sekolah ni BANYAK urusan persekolahan yg nak diuruskan. Moga semuanya berjalan lancar ye

    ReplyDelete
  4. ehh eh da lama tak BW, da pindah Pekan Nenas da kak yan...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah. dah selesai semua ^_^

    ReplyDelete
  6. lega dah setel yek, kat sana sekolah agama samping nya masih warna hitam atau warna lain ye MY?

    ReplyDelete
  7. Oo..ada tadika agama johor...bagusnya!

    ReplyDelete
  8. Lain sekolah lain uniformnya kan sis..
    Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan.. dekat seribu juga hanya untuk yuran..

    ReplyDelete
  9. fuhhh berpeluh jugak tengok list kakyan ni. Alhamdulillah semuanya dah selesai. Tahniah kakyan!

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...