I will follow youuu....

Saturday, December 14, 2019

Urusan pertukaran sekolah anak selesai

Khamis lepas,
Belum pukul 8 Mama Yan & suami dah keluar rumah menuju ke Pontian.
Mula² singgah Shell Pekan Nanas dulu,
Jumpa ejen hartanah yg nak ambil kunci rumah yang kami repair...
Janji pukul 8.30 pagi...
Tapi orang tu lewat sikit....
Takpelah...manusia kan...
Bukannya mesin

Singgah beli air kat Petronas Jalan Pontian,
Nampak mural cantik ni


Lepas dah berjaya bagi kunci...
Terus laju laju ke PPD Pontian.
Alhamdulillah...
Urusan di PPD Pontian selesai...
Walaupun mengambil sedikit masa...
Tapi tak mengapalah..
Prosesnya memang begitu...
Untuk 3 orang pula tu..

Lepas dah dapat surat kebenaran dari PPD Pontian,
Terus ke singgah ke sekolah Agama Pekan Nanas pula.
Singgah kejap je,
Tandatangan pengesahan untuk tahun satu sekolah agama tahun 2020.
23 haribulan beli buku.
24 haribulan ada hari jalinan ukhwah kat sekolah.
Murid dan penjaga kena hadir...
Alahai...darjah 1 dah Aril tak lama lagi...

Untuk Tadika.. 24 haribulan baru dapat tahu penempatan.
Harap harap sangat dapatlah tempat tadika agama johor untuk kembar berdua tu kat sekolah agama pekan nanas tu...
Tadika lain bukan takde...
Tapi...
Yang jauh sangat lah..
Yang guna bahasa Mandarinlah...
Yang wajib hantar sampai pukul 5 lah...

Keluar dari sekolah agama,
Teruskan perjalanan ke sekolah kebangsaan pula,
Sampai sekolah kebangsaan... tak boleh nak daftar pula...
Sebab... suami Mama Yan buat salinan dokumen tu satu salinan je...
Dah bagi PPD...
Untuk sekolah takde salinan...
So, sekolah tak boleh nak daftar...
Hahaha...
Nasib baik kerani tu suruh whtasapp je dokumen² tu semua...
Takyah datang balik semula...
Begitulah kelam kabutnya kami menguruskan perpindahan ni...

Lepas selesai urusan sekolah anak²,
Terus ke Kluang...
Ada site meeting pula kat sana...
Habis meeting baru jumpa makanan...
Lapar boleh tahanla...
Habis meeting,
Terus pergi makan kat warung Dorsett Corner
Alhamdulillah....jumpa pun makanan...hahhaa

MY nakan mi kari

Suami MY makan nasi goreng ayam



4 comments:

Warisan Petani said...

Lepas ni jadi pemastautin pekan nanaslah ek

Sha Mohamed said...

Eh.. anak kita sebaya lah mama yan.. tahun depan Imani pun darjah 1.. Semoga dipermudahkan semua urusan mama yan..

Sheila Arshad said...

ammi ni mujur cancel planning nak tinggal kat Seremban. Kalau tak macam MY la jugak gamaknya berkejaran nak urus transfer skolah anak-anak.

adianiez AIDA said...

aida ni masih lagi tunggu keputusan tukar skola syuhada.
aduhai.
dijangka kan esok ptg br nak call skola baru tu.
if x dpt, nak kena naik ppd plak. jenuh lah!
skola yg ditempatkan tu, jauh nak anta amik.
ntah knape ditempatkan di situ. geram aida!

Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular