Tuesday, December 3, 2019

Jengah kebun Sekijang sekejap

Minggu lepas,
Lepas selesai majlis graduasi Aril,
Kami pun terus balik kampung...
Anak anak nombor 3,4,5,6 tinggal kat kampung sementara Mama Yan nak kemas rumah
Bawa balik yang besar je..
Boleh la tolong2 Mama Yan buat kerja kat rumah...
Tido satu malam kat rumah mak mentua,

esoknya pagi pagi berkabus lagi,
kami pergi ke kebun.
Jengah jengah je...
Rumput rumpai tengah subur elok...hahaha
Musim hujan kannn...
pokok pokok lain pun Alhamdulillah...
Subur...
Macam kami jugaakk


Banyak juga pokok yang dah berbuah,
excited tengok sawit sendiri berbuah...
Maklumla..membesar kat taman...



Pokok pisang tanduk yang tanam masa membaja bulan 9 hari tu pun naik cantik.
Kalau tak disodok bull dozer...
boleh hidup dan berbuah rasanya ni...

Dapat jengan kejap kejap je..
Tak sempat nak kerjakan.
Next time,
Kalau dah berkembang pesat,
ada engineer ramai yang hebat...
Boleh la selalu balik kampung kerjakan hobi ni...
Buat masa sekarang,
semuanya masih memerlukan perhatian dan fokus sepenuhnya.
Insyaallah...
Sampai la harinya nnt..


6 comments:

Suria Amanda said...

Seronoknya ada kebun sendiri..puas hati tengok semua tanam menjadi

norhidana said...

moga terus sihat dan subur pokok kelapa sawit tu ye MY, pokok pisang tu jaga-jaga kalau dah berbuah tak di tunggu ada lah kang yang tukang ambilkan jual di pasar... kadang pencuri ni pandai nak untung

Sunah Sakura said...

insya'Allah...akan tiba masanya tu nanti...ameen!

Puan Hazel said...

Bestnya dah ada tanah kebun sendiri. Insha Allah tiba masanya nanti, sibuk menuai hasilnya pula MY :)

Umi Nazrah said...

bull dozer tu khinzir ke? hehe. memang masalah berat la kalau bull dozer tu, huhu

ShirVen said...

bestnya ada kebun sawit sendiri, perlaburan masa depan juga ni.

Klik! Klik!

Post Terhangat