Jumanji: The Next Level

Lempar belakang jauh jauh sikit...
Ni kisah minggu lepas...
5.12.2019..
Hari pertama Jumanji keluar.
Sebab Jumaat dah nak balik Segamat,
Hari Khamis bawalah bujang dua orang ni tengok wayang cerita Jumanji.
Sebab hari Khamis ayahnya ada hal kat site,
Balik lewat sikit,
So booking tiket malam la...
Ayah dia pula lewat bagi pengesahan boleh pergi atau tak...
Lewat la booking tiket...

Lewat booking tiket,
Dapatla seat baris agak depan...

Takpelah...
Janji dapat tengok...



Kisah pengembaraan dalam video game kali ni lebih meriah kerana lebih ramai pemain

Spencer dalam diam cuba membaiki alat permainan video Jumanji tu.
Dan Spencer dah termasuk dalam tu...
Tapi malangnya..
Edisi kali ni,
Spencer dah tak pegang watak Dr. Bravestone...
Tapi dapat watak avatar Ming Fleetfoot

Kawan kawan Spencer cari Spencer kat rumah sebab dia tak datang diorang punya reunion.
Masa diorang datang rumah Spencer,
Dorang dengar bunyi gendang Jumanji datang dari basement rumah Spencer.
Jadi, Fridge, Martha dan  Bethany decide nak pergi masuk dalam game untuk selamatkan Spencer.

Tapi, lepas kena sedut dalam game,
Fridge dapat watak avatar Prof. Shely Oberoi,
Martha masih lagi jadi avatar Ruby Roundhouse,
Atok Spencer pulak yang dapat jadi Dr. Bravestone,
Kawan atok Spencer, Milo, dapat jadi Finbar,
Bethany pulak tak tersedut dalam game.

Kali ni misi diorang masih lagi kena cari batu permata 'Falcon Jewel' yang telah dicuri oleh Jurgen Brutal.
Macam² kejadian berlaku dalam usaha diorang nak menamatkan game tu.
Dah la atok Spencer tu degil,
Kawan atok Spencer tu pula slow sangat,

Memang menghiburkan jugak la Jumanji yang kali ni.. 
Tak banyak part tak senonoh macam yang Jumanji In the Jungle dulu


Tapi sebab kami menonton tayangan pukul 9 malam...
Anak anak dah mengantuk sebenarnya...
Maklumla... tak pernah tido lewat.
Habis je tengok movie...
Naik kereta...
Dua dua tertido dalam kereta...
Tak pernah tido lewat...tu yang mudah mengantuk   

Rasanya...tahun depan ada lagi sekuel Jumanj ni...
Sebab last sekali...
Lepas dah habis...
Ada sedutan sikit...
Binatang binatang dari Jumanji berlari lari dekat depan cafe tempat diorang lepak...
Dan masa mak Spencer tengah tunjukkan mekanij untuk repair air panas rumah diorang,
Mekanik tu pergi usik² pulak video game Jumanji tu.. 
Ada lagi la maknanya hujung tahun 2020...
Jumanji apa la pulak ni nanti...


2 Comments

  1. Saya baca langkah je entry ni sebab belum pernah tengok lagi hehe.

    ReplyDelete
  2. Tak berkesempatan nak tengok filem ini di wayang.. Kuota dah habis layan ejen Ali 2x.. πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...