Cemilan petang - Jemput2 Sayur

Amacam? Gebu gebas tak cekodok sayur Mama Yan? Mama Yan buat sikit je dalam 1 cawan tepung je. Anak anak bukannya makan sayur pun. Yang makan MY, suami dan kakak ipar je... cukup la banyak tu. Kalau ada udang...lagi sedap..alahai.. lamanya tak makan cucur udang.

Perkataan 'cemilan' tu berasal dari bahasa Jawa rasanya. Ia merujuk kepada sesi makanan yang tidak terlalu berat. So, nasi dan mi goreng basah tak boleh masuk senarai cemilan. Yang boleh masuk senarai cemilan macam keropok lekor, pisang goreng, karipap, cekodok pisang camtu. Cemilan ni pulak memang sesuai dimakan petang petang lah. Sebab biasa tengahari kita makan nasi. Kalau makan nasi second round di waktu petang pun orang Jawa tak panggil cemilan. Dorang panggil 'mentong'. Orang Raub sebut 'repeat'. 

Jemput jemput Sayur

Bahan bahan:

Jagung setengah tongkol - hiris isi jagung

kentang sebiji - saiz kecik - potong kiub

Lobak merah - setengah batang - sagat halus memanjang

Kobis sikit - racik halus

Cili besar 1 tangkai ( hijau boleh, merah pun boleh) - hiris 

Tepung gandum 1 cawan

Mauripan 1 camca kecil - jgn penuh2..

Garam secukupnya

air suam secukupnya.


Cara membuatnya:

masukkan semua bahan bahan... kacau rata. 

Air tu agak agak ajelah... jangan cair sangat. Biar pekat likat sikit. Sebab kita letak sayur dan mauripan. Bila dah sebati semua tu..ketepikan dalam setengah jam ke...sejam ke... lepas tu baru goreng dalam minyak panas. Jangan jemputkan besar besar sangat. Sebab nanti dia menggelembung 





Nak letak sayur apa pun boleh sebenarnya... tapi Mama Yan letak yang ada ajelah. Kalau suka boleh je letak bawang. Tapi MY memang anti bawang forever... hihihi.

Terbayang kalau ada udang kertas lagi sedap kot... tapi tu lah... malasnya nak ke pasar musim musim wabak Covid ni. Leceh nak scan masuk pasar... nak beratur... nak menunggu... halahhh.... yang ada pun ni pun dah cukup dah lah...


Nampak tak dia punya kerawang kerawang dalam tu... lembut je... 
Sesuai sungguh cicah dengan sos di petang hari bersama keluarga.







 


11 Comments

  1. sedapnyaaa makan waktu petang ni

    ReplyDelete
  2. Akk panggil cekodok. Biasa akk letak separuh tepung beras, separuh tepung gandum, sbb kami anak beranak suka tekstur yg rangup2, masa goreng tu kena nipis2kan sikit, mmg jadi garing dan rangup..anak2 akk makan walaupun ada sayur.

    Tapi cekodok MY tu ttp nmpk menggoda tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu kita panggil bakwan. rangup dan tak letak baking powder

      Delete
  3. sedap ni mkn ptg² mcm ni dgn teh o panas

    ReplyDelete
  4. mentong tu pernah dengar . wah orang raub sebut repeat. omputih sangat :)
    memang gebu jemput jemput kakyan ni.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya jemput-jemput bubuh mauripan. Teringat arwah ayah saya, suka sangat makan jemput-jemput adunan tepung dengan mauripan.

    ReplyDelete
  6. sedapnya..mkn jemput2..tambah dgn kopi panas aduhai..lg pula hujan ptg2 pula hahaha..AMboii berangan hehehe

    ReplyDelete
  7. cekodok ni time memana sedap di makan, cicah sos or sambal tumis :)
    cemilan tu mcm kudapan lah ekk, Yan?
    cute je word cemilan tu bila disebut :)

    ReplyDelete
  8. Sedapnya jemput2!!! Jadi cemilan masa minum petang best ni!

    ReplyDelete
  9. Gebu gebas.. boleh cuba cara mama yan nie lah..

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)