Keladi goreng

Masa belum kahwin dulu,
MY tak pernah makan ubi keladi goreng.
Kalau ada pun..
Ubi keladi ni dibuat gulai atau pengat.
Lepas kahwin dengan wong jowo segamat,
Barulah MY jumpa ubi keladi yang digoreng macam keledek.

Sememangnya perkahwinan itu mengembangkan budaya dan peradaban sesuatu kaum.
Kalau asyik bernikah dengan sedara mara dan suku kaum sendiri,
Situ aje lah budaya nya... tak berkembang.

Ubi keladi dibersihkan..
Lepas tu hiris tebal.
Celup dalam tepung macam nak goreng pisang tu.
Goreng dalam minyak panas sampai garing...
Yummyyy...
Memang sesuai dibuat sarapan atau minum petang.







Begitulah ye...
Entry di musim PKP...
Kalau tak cerita perihal anak anak...
Cerita pasal drama dan movie,
Takpun cerita pasal masak masak je lah..
Sebab takleh keluar kan..
Bahan yang ada kat rumah ni jelah ceritanya...

Dah rindu dah nak lepak ngeteh dengan suami dah anak anak kat kedai.
Hari hari lepak kat rumah je sekarang...


 



 

12 Comments

  1. Entah macam-macam fikir nak buat apabila duduk rumah. Kelebet kabinet cari bahan.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya keladi goreng! Keladi goreng salut tepung beginilah yang mak kami buat untuk sarapan pagi. Kecik-kecik dulu selalulah kami makan keladi sebab memang tanam ubi keladi di kebun.

    ReplyDelete
  3. Sedap noh? Boleh dibuat goreng celup tepung rupanya ubi keladi ni. Nanti nak try juga laa 👍🏻

    ReplyDelete
  4. betul tu. aida setuju statement Yan.
    kawin and perkembangan adat resam resepi budaya...

    one thing yg aida terpengaruh dgn asben sejak kawin ialah makan sayur & ulaman.
    famili aida tak ke arah sayur. memang takde menu sayur!
    dgn dia, sayur wajib.

    ReplyDelete
  5. Saya orang segamat. Sambal kicap wajib ada kalau makan keladi goreng. sama juga kalau buat pisang goreng, keledek goreng dan seangkatan dengannya :)

    ReplyDelete
  6. sy cukup suka keladi/ keledek goreng pastu cicah dgn gula pasir warghhhhh

    ReplyDelete
  7. "Sememangnya perkahwinan itu mengembangkan budaya dan peradaban sesuatu kaum." setuju bangat statement ni!

    ReplyDelete
  8. Shida pernah juga mkn..kat kawasan sini ade je makcik2 buat grg jual kat tepi jalan..

    ReplyDelete
  9. Mm tu la.. bila duduk rumah ni, ceritanya pasal makan, apa yang buat la mostly.. huhuhuuu.. nak cerita pasal luar, kita tak keluar jalan2. Buat throwback boleh la kot

    ReplyDelete
  10. Sedap tu keladi goreng tapi jarang jumpa.. Macam nak cari juga je keladi tu..

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)