PdPR Hari Pertama

Hari ni hari pertama persekolahan dari rumah untuk sesi 2021..

Aiyoo... manyak tension la MY...

Ajar Aril sorang je dari pukul 10 sampai 12...

berenti masak jap. suruh abang dia ganti. Pukul 1 suruh dia makan dan rehat dulu.

Pukul 2.30 , Mama Yan sambung balik ajar dia sampai pukul 4..

lepas tu barulah adik kembar dia...

Hadoiii... stress oii...

Kira oklah si Moq dah pandai buat kerja sendiri...

MY forwardkan aje whatsapp cikgu dia, lepas tu tanya dia faham tak apa yang cikgu suruh buat?

Dia kata dia faham...dan terus je buat.

Dah siap MY tinggal semak aje...Alhamdulillah.

Anak nombor 1 dan nombor 2 okaylah..dah besar sikit....kalau tak faham diorang tanya..

Yang nombor 3, 4 dan 5 ni..

Membaca pun belum lancar...

5 minit 1 perkataan...adehhh... Cepatlah Covid ni berakhir.

Memangla mendidik anak anak tu tanggungjawab mak bapak..

Tapi kalau MY ni ada skill mendidik,

Takdelah sampai 3 kali gagal ujian kemasukan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah tu...

hadehh... Sampai tak sempat makan tengahari hari ni... mengajar anak, masak, kemas dapur, semak kerja sekolah... Malam baru la ada masa nak jengah blog kejap.

Kelas Aril - PSV


Aril - Matematik


Moq - Matematik


Yang ni kerja sekolah kebangsaan je. 

Sekolah agama tak guna whatsapp bagi arahan.

Cikgu sekolah agama minta ibu bapa hadir untuk ambil lembaran kerja stock seminggu. Whatsapp hanya digunakan untuk update hari ni nak buat kerja yang mana satu. 

Pukul 10 malam MY dah terdampar atas tilam, update blog guna henpon je. Tak larat dah nak dudul depan komputer, sakit pinggang dan bahu. Mudah mudahan urusan mengajar anak dari rumah esok lebih mudah dari hari ini... InsyaAllah..


10 Comments

  1. subhanallah.. tak boleh bayangkan kalau i jd cikgu waktu corona ni.
    mujur dah berhenti ye.. hehehe.. u harus tetap tabah ye.

    ReplyDelete
  2. aduh..... kesian student + parents.. huhuhu pening ooooo mcm ni

    ReplyDelete
  3. semalam semua setel... hari ni bila kakmim dh masuk ofis semua dh ke laut... hahaha... besoklah setelkan besok kakmim wfh.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Mencabar betul bila pdpr ni. mula ni agak kelam kabut juga. Semoga dipermudahkan segala urusan..Aaminn

    ReplyDelete
  5. Apabila pdpr bermula, memang tak cukup masa nak pantau anak buat kerja sebab kita pun sibuk bekerja juga. Kadang sampai malam baru siap.

    ReplyDelete
  6. Sabar ye kak yan..moga dipermudahkan semua urusan kak yan handle pdpr ni :)

    ReplyDelete
  7. faham...
    aida yg baru 2 org start pdpr ni pun, carca marba separuh hari ku.
    mana lagi nak kejar kerja hakiki sendiri hi hi hi hi...
    Izzat x start lagi, Yan. 1.2.2021 nanti. sib baik.
    kebetulan desktop anta upgrade. by the time izzat start, ok la tu.
    memasing dgn komputer hu hu hu hu...

    ReplyDelete
  8. Mesti kalut kan.. dan susah nak bahagi masa. Mana nak buat kerja hakiki lagi, kerja rumah lagi, tengok part kerja anak lagi...

    ReplyDelete
  9. Bertabah MY, samalah kita stress huhu

    ReplyDelete
  10. Sha pun alami yang sama mama yan.. Yang kakak Alhamdulillah boleh buat kerja tanpa pantauan.. Yang no 2 nie memang kena duduk sebelah dia.. Itupun bercinta juga..

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)