Cara Simpan Daun Sup



 Masa tengah ikat daun sup salam plastik aiskrim anak anak nampak...

Maka...kecohlah semuanya... "mama buat aiskrim sayur"

''A'ah.. mama buat aiskrim sayur... siapa nakal, mama kasik dia makan aiskrim sayur ni."

Daun sup ni beli seikat... baru pakai sekali... lepas tu masuk peti. Bila nak pakai lagi sekali dah lecur lah, dah kering lah, dah kuning kuning lah... 

Basuh basuh... potong potong... masuk dalam plastik aiskrim... masukkan air. Lepas tu masuk peti ais tempat beku. Bolehlah dapat dalam 3 ke 4 batang aiskrim malaysia tu kalau seikat tu. Nak buat bau bau je dalam kuah sup... bukan lauk utama pun. Benda kecik kecik dan murah je...tapi kalau takde, macam tak lengkap pula supnya. 

Anak anak sebenarnya tak makan pun daun sup ni... gigih diorang guna penapis untuk asingkan daun sup. Tapi mamanya tak peduli... korang makan ke... tak makan ke... nak letak juga...hahaha


12 Comments

  1. Begitulah anak-anak. Banyak benda mereka akan kuis-kuis dari pinggan makan, bawanglah, hirisan kacang panjanglah, sayur semua tolak tepi pinggan.

    ReplyDelete
  2. lain daripada yg lain cara ni.. biasanya iena basuh daun sup..keringkan lepas tu bungkus dengan tisu letak dalam tupperware..tahan lama jugak buat macam ni

    ReplyDelete
  3. okay gak macam ni untuk elakkan pembaziran. kreatif.kalau buat aiskrim sayur, tak lalu juga nak makan. hihi

    ReplyDelete
  4. Wah kreatifnya kak Yan. Betul tak lengkap sup kalau tak de daun ni. hee 😁

    ReplyDelete
  5. Bagus idea ni..tak terfikir plak akak...nanti bleh cuba macam ni...

    ReplyDelete
  6. kalau tak letak daun sup ni, rasa dia confirm lain kan? mana sedap klu tak letak.. hehehe good sharing ni, boleh cuba simpan mcm ni

    ReplyDelete
  7. sgt betul. nampak kecik ekk, tanpa dia, sesuatu tu tak lengkap.
    aida pun buat gini. tapi dlm bekas dadih kekecik. dpt la 2-3 bekas utk 2-3 kali masak.
    satu lagi aida buat is kucai. senang nak goreng mee. semua ni aida da siap potong kekecik, Yan. da defrost, terus campak dlm masakan.

    ReplyDelete
  8. ada nampak jg aritu org share kt IG...nk buat tp kt rumah ni x de plastik ais krim. jd sy simpan dlm bekas air secret recipe (ada byk sbb selalu order dgn grab food)

    ReplyDelete
  9. Wah unik! First time tau boleh simpan macam ni! Hehe betul! Sup rasanya tak lengkap kalau tak ada daun sup!!

    Hehe nanti kalau try simpan macam ni kat rumah mesti semua pun kecoh kata Cik TK buat aiskrim sayur! 😅

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)