Pulut kuning rendang daging

Beras pulut ni abah MY bagi...
tak tahulah dah berapa tahun dah tersimpan dalam peti ais rumah MY..
Sampai dah expired pun tahun 2017.
tapi sebab bersimpan dalam peti ais,
Insyaallah..
masih selamat digunakan.


 
Kelmarin,
first time Mama Yan cuba cuba kukus pulut kuning sendiri.
Buat sikit je...dalam setengah kilo gitu.
Mula Mula rendam beras pulut dengan pewarna kuning.
Ye...MY guna pewarna kuning je...
Sebab serbuk kunyit dah habis.
Kunyit hidup banyak kat lama belakang,
Tapi hujan pulak,
Malas nak berhujan hujan gali kunyit..sejuk.
Rendam tak lama pun...dalam sejam la gitu.

Lepas tu, didihkan air dalam periuk kukus.
Masukkan beras pulut yang telah ditoskan airnya ke dalam tingkat pengukus.
Masa masukkan beras tu,
Jangan lupa alas dulu tingkat pengukus tu dengan dulang.
Lepas tu,
angkat slow slow, letakkan atas periuk pengukus yang airnya tengah mendidih tu.

Mama Yan kukus dalam 20 minit kot, tak ingat la..
Main agak agak saja.
Lepastu,
keluarkan pulut dari pengukus, letak dalam talam besar.
masukkan santan kotak kecik tu separuh kotak,
minyak masak 2 sudu,
garam dan gula secukup rasa...
lepas tu...sebatikan semua tu dengan cara kaup balikkan pulut tu.
Panas weh...
Baru buat setengah kilo...
Macam mana la orang boleh buat niaga berkilo kilo kilo...
longlai tangan menggaul pulut + santan 

lepas tu,
Masukkan semula pulut yang telah digaul santan tu ke dalam pengukus.
kukus semula kejap dalam 5 minit gitu.



Dan akhir sekali...
rendang daging...
ala..sekilo je..
Buat lepas rindu...
Dah lama tak balik Raub....

Mama Yan tumis dan empukkan daging dalam periuk Noxxa...
Lepas daging dah empuk,
Pindah masuk kuali,
Lepas tu barulah letak garam, gula, asam keping dan kerisiknya...
lepastu, keringkan sikit kuahnya
Susah nak keringkan kuah dalam Noxxa tu
ke MY yang tak reti? hihihi

Zaman MY duduk rumah sewa zaman belajar dulu,
Kalau nak balik Skudai,
Mak akan bawakan bekal rendang daging..
Sebab rendang daging masakan mak memang tahan lama..
setakat seharian dalam perjalanan memang takkan rosak punyalah...

Sampai rumah sewa, barula panaskan.
makan ramai ramai dengan kawan kawan serumah...
Aduhai....indahnya sesuatu yang digelar kenangan.



10 Comments

  1. Makan pulut kuning mesti nak ada rendang daging

    ReplyDelete
  2. Heloknya rupa pulut dan rendang itu ��

    ReplyDelete
  3. dapnye pulut kuning & rendang daging...terus rasa nak wat jugak. he he he...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya pulut kuning dengan rendang.. Puas hati kalau dapat makan..
    Masak sendiri lagi puas..

    ReplyDelete
  5. sedapnya pulut kuning dgn rendang daging

    ReplyDelete
  6. wahhhh skrg dah lbh mudah... nk buat dgn x je��

    ReplyDelete
  7. lamanya tak makan pulit kuning ni.... tambah - tambah dengan rendang daging

    ReplyDelete
  8. Wahh feeling macam mood raya ni kak. sedap makan rendang dengan pulut kuning :)

    ReplyDelete
  9. febret ni..dah lama tak memulut..last memulut masa pkp dulu lah agaknya...ni da pkp balik, kena memulut lagi keee ekk

    ReplyDelete
  10. Uish terliur! haha.. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)