Beli apa i-Sinar?

Dah dapat i-Sinar?

Mama Yan tak memohon sebab duit dalam EPF pun dah tinggal tak seberapa... maklumla dah lama tak mencarum. Berhenti kerja sekitar 2013, lepas tu dah takde caruman lagi. Akaun 2 pun dah ditarah buat bayar ansuran rumah zaman gerhana dulu. 

"Padan muka MY takde duit EPF nak keluar" kata Elya


Selain daripada digunakan untuk menampung kehidupan seharian,  kalau ada lebihan bolehlah dilaburkan untuk membeli barangan yang berguna. Kalau tak, sebenarnya tak nampak pun duit tu pergi mana...


Apa barangan keperluan masa kini yang boleh dibeli dengan i-Sinar? Bagi MY ada la beberapa barangan yang penting untuk isteri miliki. Kenapa isteri-isteri? Rasanya yang banyak mohon i-Sinar ni kaum isteri yang kena berhenti kerja sebab menumpukan perhatian kepada urusan rumahtangga. Duit EPF yang dikeluarkan pun duit EPF masa kerja zaman-zaman bujang dulu. Beras takyah beli ye...ingat! beras memang untuk dibeli oleh suami dan kaum suami sangat bangga membeli beras untuk keluarga. Jadi biarkan suami membeli beras. Duit EPF kita zaman belum kenal suami, untuk kita... 

 

 1. Dryer machine atau mesin pengering pakaian

Kat rumah MY dah dekat seminggu dah hujan on off. Matahari masih malu malu di sebalik gumpalan awan. Tak terbayang macam mana penuh ampai pakaian untuk 9 orang kalau masih menyidai kain di ampai. Silap silap langsir rumah pun berganti dengan tshirt, kain pelekat dan kain batik. 

Jangan tak tahu ye...Sidai baju lembab dalam rumah adalah bahaya ye. Udara lembab dalam rumah adalah tak sihat dan boleh menyebabkan pertumbuhan fungus. Mungkin boleh hantar dobi untuk keringkan pakaian, tapi musim musim COVID ni ada nafsu lagi ke nak beratur kat dobi layan diri?

Lagipun, memang jimat masa dan tenaga kerja kita. Takyah sidai selai selai baju. dah sidai nak sepit pulak, kalau tak terbang pulak ke rumah sebelah. Sampai berpeluh peluh menyidai baju, tangan pun naik longlai. Pakai mesin pengering, pindahkan aje pakaian yang dah siap spin dari mesin basuh ke mesing pengering. Set masa, lepas tu, boleh siram pokok lidah mentua sementara tu.

Dah siap...keluarkan dari mesin...terus lipat atau hang dalam almari. Nak basuh pagi boleh, petang boleh, tengah malam boleh... 

Hari hujan pun takpe...takyah jerit suruh anak tarik masuk beranda ampaian roller kita tu. 



2. Air Fryer

Sejak hampir setahun menggunakan air fryer, terpaksa la mengakui.... yang air fryer ni memang banyak memudahkan urusan masak memasak dan memanaskan makanan. 

Tak reti guna? kat dalam Facebook ada group Air Fryer. macam macam resipi dan troubleshoot ada. takde masalah.. Cuma kalau boleh belilah yang jenama standard standard kat Malaysia ni.  Janganla beli jenama yang pelik pelik sangat sampai takde tulis bahasa Melayu dan Inggeris. Jenama Chi-Kai la..jenama Low Ya la... tu semua jangan beli. 

Selain daripada memudahkan kerja, menjimatkan masa...Boleh la kaum kaum isteri ni jaga level kolestrol sebab dah kurang pakai minyak. Nak sihat kaaann... Lepas ni boleh goreng kentang, goreng ayam, goreng ikan, goreng karipap segera dalam air fryer. Takyah buang banyak banyak minyak lepas goreng ayam kat dapur tu. Tapi goreng kopok leko dan jemput MY still guna deep fry ok.

Air fryer ni juga boleh bakar kek comel comel tau. MY dah cuba... memang jadi.., sebab konsep air fryer ni memanaskan menggunakan udara panas. Kek naik gebu woii. tapi tak sempat snap gambar, biasalah...anak ramai dah serbu dulu. Bila teringat dah tinggal bekas. 



+

3. Pressure Cooker

Okay...Yang ni pun MY memang selalu guna kat rumah. Senang sangat nak masak dan juga cepat. Hari tu kat rumah mentua MY masak nasi ayam 5 pot selama 7 minit je. Beras kembang masak sempurna. Pak mentua dah lama tak selera makan nasi, makan banyak pulak hari tu. 

Rebus ketupat segera yang mini tu untuk anak sarapan lontong 20 minit je...lepas tu sejukkan dalam peti ais. Masak rendang daging 20 minit empuk sangat sangat dah. Belum lagi masak sup tulang ke....Takyah rebus berjam-jam atas dapur gas, rugi gas je. Dah la tak reti tukar gas kalau habis. Jimat gas woi.

So..kalau ada duit lebih belilah pressure cooker. Tak kisah la jenama apa. Macam MY beli yang Noxxa punya. 


4. Laptop/ Desktop & Printer

Benda ni sepatutnya setiap rumah kena la ada satu. Dalam keadaaan anak kita banyak belajar dari rumah, lebih elok ada komputer dan alat pencetak. Lagi lah sekolah menengah sekarang dah ada kerja yang kena buat pakai komputer. Kesian diorang terpaksa bergilir gilir guna komputer kat sekolah.

Anak MY tahun lepas darjah 6 dah ada assignment yang kalau guna komputer lebih elok hasilnya. Bukan anak je boleh pakai, mak mak yang business online pun boleh tumpang sekaki tangan guna komputer.

MY pun tengah plan nak beli sebiji laptop untuk kegunaan anak anak buat kerja sekolah dan kelas online. Tapi sekarang tengah PKP pula...tangguh dulu la nak ke kedai komputernya. 



5. Alat penimbang 

jangan kedekut untuk invest untuk barangan kesihatan. Belilah alat penimbang yang berkualiti untuk monitor berat badan. Bukan nak suruh diet jadi slim macam datin paduka Eina Azman... Tapi untuk kawal obesiti. 

Tapi...MY dah lama ada weighing scale kat rumah pun gemuk juga..macam mana tu??





Ini sekadar idea aje la... sebenarnya kalau banyak duit... macam macam nak beli. Tapi tu la... hutang lagi banyak dari duit...acaner?

 

15 Comments

  1. I-sinar Mrs. A tak bersinar pun I-malap lorrr..

    ReplyDelete
  2. saya pun tak mintak juga, sebab dah amek skim pencen, takda dah isi dalam tu haha

    ReplyDelete
  3. Kalau penting mohon i-sinar.

    ReplyDelete
  4. Saya pun tak apply i-sinar..cukuplah i-lestari tu je. Kalau keluar, saya simpan dululah guna untuk emergency :)

    ReplyDelete
  5. Tak rasa nak mohon, tp kalau perlu sangat nanti baru mohon. Ada future plan utk guna duit tu, nak renovate rumah lama bila dah sampai umur pencen nanti (kalau ada umur panjang la, InshaAllah) 😅

    ReplyDelete
  6. Air fryer memang best!. Tadi Kak Sam buat nasi lemak, telur "rebus" je dlm tu. Jimat, tak yah air. Anak3 pun senang nak goreng nugget, on sendiri. Muka pun pelolez sbb kurang penggunaan minyak. Ahakz!.

    ReplyDelete
  7. saya keluarkan untuk bayar yuran sem separuh, separuh lagi untuk kegunaan sendiri...dah habis..hahahahha...menunggu la hujung bulan nak dapat elaun 😅

    ReplyDelete
  8. rasanya cuma air fryer dan dryer yg belum ada kat dlm rumah ni. Kena pi cari la satu..

    ReplyDelete
  9. lap top tu pun sy rs nk beli baru... tgk laa mcm mn kalau ada rezeki...sejak wfh mmg guna tiap2 hari... apa2 jd mmg x de back up lain

    ReplyDelete
  10. Teringin nak ada dryer machine tu. hehe. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete
  11. Anak-anak suka guna air fryer tapi malas nak bersihkan pula.

    ReplyDelete
  12. Sy xde lg yg 1,2 dan 3 tu.. tgk sampai bila dpt bertahan.. hahaha

    ReplyDelete
  13. Yang last tu seram nak beli.. hahaha..
    Air fryer tu dalam perancangan juga..
    Nak beli dryer machine tapi tak ada ruang.. so berangan jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tak dapat i-sinar, yang ada i-simpan.. hehehe

      Delete

terima kasih, sila komen lagi :-)