Apa ada pada gambar?

Hari ni takde apa nak tulis.
Nak buat photo diary...
tapi ada beberapa keping je gambar dalam handphone.
entahla...
kebelakangan ni asyik lupa je nak ambil gambar..
Kesudahannya, Takde bahan nak up entry kat blog.
adan uke!



Tumis lombok
ni suami MY punya resepi...
Time takde lauk atau lauk yang ada tak cukup pedas,
Nanti suami akan masak sendiri untuk dia sorang makan...
MY tak tahan pedas sangat...
Nanti sakit perut.

Bahan-bahan :
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3 tangkai lada besar - hiris
10 tangkai lada kecil - hiris
 segenggam ikan bilis - goreng garing
option :sebiji kentang / sekeping tempe - kalau suka

Cara buat :
1.Tumis bawang dan bawang putih sampai layu.
2. Masukkan lada hiris, kacau hingga lada masak.
3. masukkan garam. Kicap dan serbuk perasa pun boleh juga kalau suka. 
4. Masukkan bilis goreng.
5. Siappp...

Kalau buat tumis lada, bawang dan ikan bilis ni,
suami MY lagi suka guna ikan bilis tamban.
lagi sedap katanya.
MY tak suka bilis tamban tu, tak boleh disiang.
Tapi suami MY memang takyah siang, masak je dengan kepala dengan perut dia tu.
takde orang mati lagi makan kepala ikan bilis katanya. 
sebanyak ni, cukupla untuk dia sorang makan...
boleh la ulang 2 ke 3 kali .



Gali kunyit

Pokok kunyit kat tepi rumah MY ni tiba tiba layu dan kering daunnya..
Tak tahu kenapa...
Tu yang MY korek isi dia nak tengok..
Ada ulat makan isi dia ke tiba tiba je mati kering...?
Dalam gerimis tu MY gigih menggali isi kunyit.
Rupa-rupanya..
isinya penuh.
mak kata...sesekali kena gali ambil isinya.
Kalau tak dia macam memupus...
oohh...gitu..
MY malas kot nak gali isi kunyit... 
sebab ada lagi satu rumpun yang isinya menimbun sampai ke pangkal pokok.
Selalu ambil yang kat situ...
Takyah gali dalam dalam..



Reban Ayam Pulakk

Layannn....
nak bela ayam kampung katanya...
Ok..MY setuju je..
Ayamnya belum ada...
Reban pun under construction lagi ni...
Sementara tengah takde job ni...
Buat la apa nak buat...
Kalau tak nanti kesian budak budak workers ni takde kerja.
Bahan binaan reban semua pakai kayu dan metal deck terpakai aje.
Beli jaring aje la...
tengokla berapa lama mood bela ayam dia tu...
biasanya sekejap je..


Mi rebus

Dulu tak boleh terima betul kena mi rebus kat Johor ni tak sama dengan mi rebus abah MY?
Dah namanya mi rebus.. kenapa tak direbus pun?
Word 'rebus' tu...
patutnya ada kuah air la macam kita rebus jagung, rebus ubi, 
Tapi mi rebus kat Johor ni kuahnya macam tu la..pekat.
Katanya diperbuat dari campuran keledek dan kacang tanah.
MY tak pernah buat sendiri..
Kalau nak makan..
Kedai makan kat Johor ni rata rata ada jual mi rebus.
Resepi dan rasa mi rebus di setiap kedai pun tak sama...
Yang ni MY makan kat Cafe Tun, kat tepi jalan Yong Peng.
Tak tahu rasa mi rebus yang sebenarnya macam mana..
sebab tiap satu kedai yang MY makan,
Rasanya berbeza beza.
Tapi takpe aje lah...
yang penting dah ada depan mata tinggal nak makan je..







 

13 Comments

  1. Kalau saya makan mee rebus, habis kuahnya dulu, mee masih berlonggok dalam mangkuk...heheheee.

    ReplyDelete
  2. Wak pun kalau takde gambar tak mengentrilah.
    Mudah2an menjadilah ternakan ayam kampung tu nanti.

    ReplyDelete
  3. Ok dah tu, 4 gambar yang penuh dengan variasi cerita 😁

    ReplyDelete
  4. Sedap lauk simple mcm tu.. mkn nasi panas dgn lauk tu pn dh cukup... dlu ms mula2 tgk mee rebus johor tu pn mcm pelik jugak.. ingatkan mee sup πŸ˜‚πŸ˜‚ sebab 'rebus' kn? Kalo kt sini mee tu kami panggil mee jawa.. entah mana pulak dtgnya jawa tu pn xtau

    ReplyDelete
  5. banyaknya kunyit, memang puas menggali..hehe

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak makan mee rebus versi Terengganu...

    ReplyDelete
  7. PH pun suka buat sambal macam suami MY tu...

    ReplyDelete
  8. Tak pernah makan tapi memang nampak best!

    ReplyDelete
  9. br je masak ikan bilis kentang tu

    ReplyDelete
  10. Saya geng masakan pedas. hihi sedap masakan simple macam tu tapi tak pernah guna ikan bilis tamban, ikan bilis biasa je.
    Meriah isi kunyit tu kak. Baru tahu kena menggali juga ambil isinya sekali sekala.
    semoga berjaya projek bela ayam.
    betul, saya pun confuse dengan identiti mee rebus ni. macam mee kari pun ada kadang kadang tu :)

    ReplyDelete
  11. apa ada pada gambar pertama tu = ohsem!
    sedap nyer lauk ringkas gitu Yan...
    berselera sungguh aida tgk nyer!

    reban ayam? wow! good luck.

    ReplyDelete
  12. Lauk first tu nampak sedap! Rasa macam bila makan dengan nasi hangat dan kicap kan.. macam pergghh sedapnyaa!

    ReplyDelete
  13. Sedap lauk yang mama yan kongsikan tu.. Selalu juga Sha buat tapi kurang cililah.. hehehe

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)