Bihun goreng macam bodo-bodo sikit

Tiap-tiap hari naik bingung fikirkan nak masak apa untuk anak anak ni.... alhamdulillah la sekarang dah boleh makan bihun goreng atau mi goreng yang warna merah. Kalau tak, memang kena goreng bihun putih ajelah.. tak merasa nak pakai cili kering. Dulu dulu, asal nampak merah je, terus tak nak makan.

Kat rumah MY stok bihun memang kena sentiasa ada. Bihun kan bahan kering yang tahan lama, so boleh dimasak bila bila masa aje. Bak kata mentua MY kalau ada tetamu sesat, boleh juga di seng seng kan bihun buat makan tetamu. MY pun usik usik mentua, tetamu sesat datang kena bacakan ayat Kursi tak? Masa tu mentua macam blur blur je dengar....hahaha...

Tapi MY kalau ada tetamu datang secara mengejut, order pizza je... malas nak kelam kabut. 

Bihun goreng MY ni memang super simple dan senang gila. Takde sayur-sayur, takde hiasan-hiasan. Memang sesuai la dengan nama resepi kan... kalau letak sayur, memang sakit mata tengok sayur tu semua bersusun kat birai pinggan tu. Tapi sebenarnya, masa goreng bihun ni takde sayur yang sesuai nak regukan dengan bihun ni. Pelik pula rupa bihun taruk kacang panjang dengan bendi nanti.


Bahan bahan untuk menggoreng bihun:

● Sebungkus bihun Jasmine (biasa guna yang ni)

● Sebiji bawang merah besar

● 4 ulas bawang putih

● segenggam kecil udang kering (kalau tiada udang kering, bilis pun berguna)

●  15 tangkai Cili kering ( buang biji dan rendam air panas)

● 5 ekor sotong

● 2 keping fish cake

● sos tiram, kicap manis, kicap masin (option)

● garam

● gula dan MSG


Cara cara menggoreng bihun macam bodo-bodo sikit:

● mula-mula, rendam bihun dengan air paip/air bertapis.  (Jangan sesekali rendam dengan air suam/air panas. Nanti bihun benyek atau lembik). Jangan rendam awal atau berjam-jam lamanya.. Selalunya nak start siang cili kering baru MY rendam bihun.

● Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili kering, udang kering.

● Tumis bahan di kisar sampai pecah minyak.

● Masukkan segala penambah perisa yang disukai seperti Sos tiram, kicap manis, kicap masin, kalau suka boleh letak perencah bihun goreng adabi.

● Masukkan Sotong & fish cake. Perlahankan sikit api. Lepas air sotong dah keluar, tambah suku cawan air. Air jangan banyak2, takut bihunnya benyek nanti. 

● Masukkan garam, MSG & gula.  Kemudian, masukkan bihun yg dah di tos. Gaul semua sampai rata

● Anak anak MY suka bihun yang putus putus, pendek pendek, so sambil gaul atas kuali tu, MY akan tikam tikam bihun tu dengan penuh perasaan, macam tengah drive, nak achive. Kalau suka bihun panjang panjang, jangan tikam tikam, gaullah dengan lemah lembut, penuh estrogen, macam bodo - bodo sikit.. 

● Kalau bihun tu rasa kering, atau bihun tu rasa kejung, baru tambah air panas sikit. Letak sikit sikit pakai sudu.

● Syukur...dah selesai bab sarapan pagi... bihun takde sayur, ada sotong dan fishcake aje sebab itu je yang senang. Nak taruk isi ayam, isi daging semua... maaf... tak rajin. Lagipun nama resepinya bihun bodo kan... kalau dah banyak sangat awasnya... dah nama bihun goreng special ala sajian istanawarna pula kannn...



8 Comments

  1. Saya pernah nampak dan makan mee hoon goreng ada hirisan kacang panjang di dalamnya. Itu zaman dahulu, zaman kanak-kanak, dan saya jumpa di dalam nasi berkat.

    ReplyDelete
  2. hahhaaa..ni sepesen mak saya..kalau dia masak tu mesti kata gitu..tp bila mkn tu diaa pnya sedap ^_^

    ReplyDelete
  3. Hahaha..Sedap tu mkn dgn keropok ikan...😅

    ReplyDelete
  4. Betul betul. Bahan kering tu memang kena ada stok. ast least tetamu sesat datang boleh lah masak even bihun bodo bodo. Hihi..lawak bacakan ayat kursi. Sedap versi bodo bodo pun. pelik benar tu kalau letak kacang panjang atau bendi.

    ReplyDelete
  5. Hahahaha entah apa rasa kalau letak bendi dalam tu

    ReplyDelete
  6. goreng macam bodo bodo pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  7. esok mlm mcm nak goreng mihun la, mamaYan.
    ada je sebungkus mihun jasmine tu. anak2 x brape makan mihun.
    diorang more to mee kuning and kuewtiau.
    tapi sesekali goreng mihun, abis la jugak :)

    ReplyDelete
  8. Kalau Sha pun suka lagi meehoon kosong macam nie tanpa sayur.. kikiki.. Senang nak makan.. Tak ayah asingkan..

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)