Rebus kacang kuda guna Noxxa

Cuti sekolah kan..
asyik mintak makanan aje anak anak ni...
macam macam idea dah keluar nak bagi anak anak ni makan..
kita rebus la kacang kuda yang beli awal tahun hari tu...

Sebelum rebus, Mama Yan rendam dulu dalam 5 ke 6 jam macam tu...
Kalau nak senang,
sebelum tidur rendam kacang dulu,
Bangun pagi esok,
rebus la...
Tapi selalu sebelum tidur asyik lupa aje...
Mama Yan rendam waktu pagi.
Rebus nya lepas settle makan tengahari...

Oh ya,
MY rebus guna periuk tekanan Noxxa je,
Alhamdulillah,
terasa berbaloi pembelian periuk ni..
Walaupun harganya agak mahal,
Tapi bila selalu digunakan,
berbaloi sangat dengan harga..

Periuk Tekanan Noxxa
MY masukkan air lebih 1 ruas jari daripada kacang,
sebenarnya tak tahu nak letak air banyak mana,
jadi kita guna teknik masak nasi je la,
lebihkan air 1 ruas jari aje.
lepas tu,
masukkan garam dan daun kari..
Daun kari tu optional,
Sebab itulah daun yang paling sesuai untuk menambah aroma pada kacang kuda kita..
Nak letak daun limau purut macam tak sesuai pula,
Daun pandan pun macam tak kena,
Kita pakai daun kari la..


Periuk Tekanan Noxxa
Lepastu,
setkan 'HIGH PRESSURE' untuk 15 minit, 
yakni tekan butang high pressure tu selama 15 kali,
lepas tu tekan ON yang warna merah tu.
Biarkan selama 15 minit.
Dah habis 15 minit tu nanti,
Pandaila dia bagi signal kat kita..
tettttt...tettt...
Masa tu..kita lepaskan tekanan dekat tombol penutup tu dulu sebelum boleh buka penutupnya

Maka dah siaplah kacang kuda rebus kita...
satu rumah aroma dia menggoda...
angkat kacang kuda dan tuskan airnya...
dah sejuk, 
boleh la makan bersama ahli keluarga...

Periuk Tekanan Noxxa
masa baru siap,
lupa nak snap gambar,
Bila teringat...
Kacang kudanya dah tinggal nyawa nyawa ikan...
Terpaksala ambil gambar close up cenggini haaa...
Takpe..ini bukti kacang kuda ni memang sewdap dan sesuai dijadikan kudapan petang-petang...

 

9 Comments

  1. Rasa sama mcm beli pasar malam tak? Alaa nak cuba gak haha

    ReplyDelete
  2. mcm ni lah bila cuti kan kak yan..bertabah lah!

    ReplyDelete
  3. Teringat my MIL plak bila nampak kacang kuda ni sbb beliau rebus dgn daun kari juga bersama rempah ratus lain juga.

    ReplyDelete
  4. Boleh cuba nanti...
    Bg PH pun berbaloi beli Noxxa ni, sangat membantu esp masakan yg perlu dimasak dlm jangka masa yg panjang. Jimat masa.

    ReplyDelete
  5. Macamana ni,periuk NOXXA saya belum pernah pakai lagi. Suami pula asyik membebel, katanya suka sangat beli tapi akhirnya jadi perhiasan saja.
    Kadang kuda ni memang fav saya sejak zaman dulu lagi, zaman kanak-kanak sekolah rendah. Dulu selalu beli di kantin sekolah.

    ReplyDelete
  6. Memang berbaloi beli periuk pelbagai guna ni...
    Macam macam bole masak... Rajin dengan tak rajin je la :D

    ReplyDelete
  7. woww. senang je kalau guna periuk ni yaa. boleh try nt..hehe

    ReplyDelete
  8. Kadang kuda last makan zaman sekolah agaknya masa hari sukan. Punyalah lama tak makan. Rindu pulak kacang kuda. Boleh tahan lama juga kalau nak merebus guna periuk biasa. Ada noxxa kejap je masak cuma lama nak merendam tu je lah kan.

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)