Novel Legasi Tombiruo - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, June 14, 2021

Novel Legasi Tombiruo

Legasi Tombiruo ni merupakan sekuel ke empat bagi Siri Tombiruo ini. Yang pertama Tombiruo, yang kedua Semangat Hutan dan yang ke tiga Tombiruo Terakhir.


Judul Novel : Legasi Tombiruo

Penulis : Ramlee Awang Murshid

Cetakan Pertama : 2017

Terbitan : Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd

ISBN  978-967-446-392-2

Genre : Aksi / Konflik / Fiksyen Melayu

Jumlah mukasurat : 547


Ejim yang telah lama meninggalkan hutan Keningau, hidup bahagia bersama isterinya Siti Nurhaliz dan anak tunggalnya, Suriani serta telah lama menggunakan nama Amarudin Abdullah. Namun, ketenangannya mula terganggu dek suara suara dan bayangan bayangan melalui mata fikirannya.

Amarudin diganggu bayangan tentang beberapa kejadian pembunuhan di tengah bandar Kuala Lumpur. Kerap kali diganggu mimpi dan igauan, Amarudin mengambil keputusan untuk ke Kuala Lumpur mencari jawapannya dengan menemui Sarah, wartawan yang menulis tentang berita tentang serangan Tombiruo.

Diana pula seorang peguam di siang hari dan di malam hari, Diana berindak sebagai penegak keadilan. Amarudin, Sarah dan Diana bertemu dengan Tombiruo bandar Kuala Lumpur untuk merungkai misteri dan keempat- empat mereka mempunyai kaitan antara satu sama lain. Mereka bertiga cuba untuk mencari siapakah yang berselindung di sebalik nama Tombiruo itu di zaman ini.

Sebenarnya, kejadian bermula dari tindakan Doktor Haslia yang menculik Amarudin atau Ejim dahulunya dari Hutan Keningau 20 tahun lalu. Ketika Ejim sedang dirawat untuk kajian dan pembedahan rawatan wajah, salah seorang doktor yang terlibat dengan kajian itu telah membawa keluar DNA milik Ejim kerana telah diugut oleh sekumpulan ahli perniagaan. Walaubagaimanapun, doktor tersebut tidak menyerahkan DNA tersebut kepada ahli perniagaan tersebut, sebaliknya, menggunakan DNA tersebut dalam kajiannya sendiri.

Satu satunya zuriat sah Amarudin, memiliki kepandaian dalam menjinakkan haiwan liar. Dalam satu kejadian, Suriani telah menjinakkan seekor beruang yang sesat le tapak perkhemahan mereka. Mungkinkah selepas ini akan berlaku pertembungan antara Suriani dan adik beradik se DNA mereka? 

Terdapat beberapa nama watak lain yang turut menambah konflik dalam novel ni. Antaranya Tony, seorang ahli perniagaan yang merampas perniagaan Encik Durabi. Tony hidup bersendirian dan memiliki parut, sama seperti parut yang dibuat oleh Doktor Wenchu kepada anaknya. Memang tertanya tanya jugalah siapa Tony ni yang sebenarnya. Bijak betul penulis ni, sentiasa buat kita berteka teki sampai la ke penamat cerita. 

Kesudahan novel ini hanya menjawab teka teki dan persoalan bagaimana wujudnya legasi kepada Tombiruo ini. Mungkin selepas ini ada sekuel seterusnya lagi. Adakan legasi Tombiruo itu akan berakhir selepas Tombiruo itu berjaya membalas dendam atas kematian bapanya.


**Nota kaki :Kelam kabut betul tulisan MY ni... busy dgn anak PDPR..tp ada hati lagi nak menulis blog...hahaha... tunggang langgang jadinya .

10 comments:

  1. selalu bercadang nak membeli koleksi cerita2 RAM tapi belum tercapai. satu2nya penulis yang saya minat sekarang ni

    ReplyDelete
  2. baru nak start baca siri laksamana sunan..hehe

    ReplyDelete
  3. dulu akak sy ada buku tombiruo terakhir tu, tapi kita x berani nk baca sebab cover dia nmpk seram haha

    ReplyDelete
  4. Tak apa..sambil² meninjau anak bpdr sambil² berblog. Legasi Tombiruo yang ni rasanya macam tak baca lagi..

    ReplyDelete
  5. Teringat dulu nak beli tak jumpa, nak pinjam kawan tak bagi..

    ReplyDelete
  6. Best siri ini.. Sha pun dah baca yang ini..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad