Medal dan T-shirt Sparta Virtual Marathon Jom Run

Yeyeah...

Medal virtual run dah sampai dah... excited betul MY dapat medal ni... kali terakhir dapat medal masa tingkatan 5... main tarik tali masa sukan sekolah... tapi kehadiran MY buat penuh korum je... buat enjoy2 zaman remaja... takde semangat kesukanan langsung... hahaha

Kali ni semangat nak kurangkan lemak lemak yang dah bertimpa timpa menempel kat serata badan ni. Semuanya jadi punca penyakit. Rasa dah jemu pula telan ubat hari hari... jadi.. MY cuba bersenam... mana tahu dapat stabilkan semula fungsi fungsi tubuh badan semula dan seterusnya dapat kurangkan dos ubat... 

dalam apps Jom Run tu ada banyak event larian... Tapi MY tak la join semua.. Pilih pilih yang baju dan medal yang lawa...hahaha


Ni muka depan medal tu

Ni pula bahagian belakang medal, dia ada tandakan kita finisher berapa kilometer.



Bahagian belakang T-shirt

Bahagian hadapan T-shirt. Terima kasih model.


MY memang order T Shirt saiz S... memang nak bagi anak je bajunya.
MY dah banyak baju... anak anak yang baju dah sempit. Diorang dah membesar... 24 jam kat rumah, tak sedar anak dah semakin membesar. Tahu baju dah sempit, seluar dah senteng. Nak bawa keluar shopping tak sempat sempat...
Last last, PKP. 

Sekarang memang MY cuba konsisten berlari at least 1 kilometer setiap petang. Jadi la 1 kilometer aje pun. Yang penting berterusan. Kalau mampu..tambah lagi... cuma tak nak la push push sangat sebab darah tinggi MY  agak kronik. Buat masa permulaan ni, bagi jantung warming up dulu. Kalau terus paksa berkilo kilo kilo meter, nanti terkejut pulak jantung MY.

Semoga kita semua istiqamah dalam menjaga kesihatan... Aminnn

7 Comments

  1. wah bagus2..... nmpk gaya kita pun kena cuba gak la berjalan keliling taman ni setiap ptg... asyik terperap dalam rumah ni pun x elok gak kan...

    ReplyDelete
  2. Comel medal tu.
    Anak2 memang cepat membesar.
    Tapi ok juga ramai, baju boleh faraid2.

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak yan! Semoga terus bersemangat nak berlari lepas ni.

    ReplyDelete
  4. Tahniah akak.. cantik baju dan medal tu hehe

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)