Roti Tercambah 3 Benih - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, June 26, 2021

Roti Tercambah 3 Benih

Kakak MY kirimkan roti tanpa tepung Rainbow Sprouted kat MY..
Kedai tempat dia kerja ada jual,
so, dia kirimla roti ni untuk adinda dia yang kencing manis dan darah tinggi ni cuba,
Alhamdulillah, terima kasih Angah..
Satu satunya kakak MY...
sejak kecik kecik dulu hingga sekarang..
masih macam dulu...
ceria & pemurah

20210622_224201
Mak Mama Yan kat kampung suka roti ni...
MY pula tak boleh masuk sangat.. 
Rasa kesat sungguh untuk ditelan.
Kena ada bahan untuk bantu repair rasa dia..
Biasa la kan...
tekak dah biasa makan roti gardenia yang lembut gebu tu... 
Tiba tiba nak cuba makan roti kesat, kasar, tak gebu, masam sikit...
Memang kepayahan betul untuk menelan.

Dalam roti ni mengandungi Sprouted wheat (gandum tercambah), Flax seeds ( Rami), Sunflower seeds (biji bunga matahari), yis, minyak sayur, gula perang dan garam. Katanya, gandum yang dah tercambah ni, lebih berkhasiat dari gandum biasa. 

FB_IMG_1624457662023


Tambahan pula, roti ni tak mengandungi tepung gandum putih yang telah dilunturkan warna dan tidak mengandungi bahan tambah pelembut doh roti.

Mula mula MY cuba nak makan begitu saja...
Oh no! surrender habis..
So Mama Yan sapu la marjerin Naturel yang kurang garam tu...
MY suka pakai marjerin ni...lembut aje...sedap lak tu...

20210622_230413



Alhamdulillah..berjaya habis 3 keping untuk makan malam...
Nak kata sedap tu...tetaplah begitu rasanya..
cuma bila nak telan tu, 
Takdelah rasa macam terlekat di kerongkong lagi,
Benda benda kesihatan ni,,
Jarang benarlah rasanya sedap....hahaha

20210622_230329


hari keesokkannya...
MY celup telur,
dan goreng atas pan...
minyak sapu sapu je...
Ok..yang macam ni memang sodap..
Boleh la pergi 3 keping...
Hahaha...
So... nak makan begitu saja memang tak mungkin...
Tapi, kalau goreng celup telur...sedap dari roti putih biasa,
Rasa padat...

20210622_230513


Tapi kat tempat tinggal MY ni memang confirmlah takde jual.
Gardenia purple pun takde...
Apalagi roti jenama pelik pelik macam dan harga 2.5 kali ganda roti biasa...
memang tak jumpalah ye..
Tapi takpe..
kalu berkenan nak cuba..
Boleh je beli secara atas talian...
Boleh cari Facebook page Rainbow Sprouted..
Untuk MY... cukuplah untuk kali ni sahaja percubaannya...
Tak rajin nak makan makanan sihat ...hahaha





 

11 comments:

  1. S__671750

    pernah makan roti ni, tapi tak kena dgn selera :(

    ReplyDelete
  2. Retna-crop

    roti 'sihat' eh ni? pestime nampak...

    ReplyDelete
  3. 22343896_1568065823236440_957975052_o

    roti utk kesihatan elok jadi diet

    ReplyDelete
  4. 1592100123882

    first time dengar nama roti ni.
    klu utk kesihatan baguslah.

    jom tukar link blog. tq

    ReplyDelete
  5. FB_IMG_1545570899698

    Unik nama roti ni roti tercambah 3 benih . Xpernah lagi nampak jual kat kedai atau pasaraya berdekatan rumah CCL ni . Tapi ada khasiat-khasiat tertentu ni

    ReplyDelete
  6. ad2

    hahah betol an..bende sihat mmg payah nak telan

    ReplyDelete
  7. IMG_20160527_190125

    Dina suka roti whole grain macam ini. Dina selalu jadikan sandwich. Tapi itu lah, tak semua orang boleh telan kan? Benda sihat selalunya memang tak sedap. hehe

    ReplyDelete
  8. blogger_logo_round_35

    Pernah gak makan roti ni..okey la...utk tekak SA....

    ReplyDelete
  9. 39846816_10216632032133830_6333715445945729024_o

    Sekarang mudah kan mama yan.. boleh beli online je..
    Sini pun tak pernah nampak roti nie..

    ReplyDelete
  10. DP%252520Blog

    Tak pernah jumpa pulak roti ni. Saya suka gak roti jenis berkhasiat ni cuma susah nak jumpa. Buat sandwich sedap.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad