MY Masak : Sayur Kucai dan Tauhu - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, July 22, 2021

MY Masak : Sayur Kucai dan Tauhu

Tengah tengah PKP ni...
Memang takde cerita sangat...
Cerita anak, cerita makan, tu je la kot...
Kalau yang power sikit tu...
Dapat job,
Dapatlah kelainan sikit kat penulisan...
Blogger sayur macam MY ni...
 Cerita sayur aje la...hahaha

Masa MY kecil kecil dulu...
Sayur kucai ni macam bahan tambah je...
Masukkan dalam kueyteow goreng...
Masukkan dalam cucur udang...
Tambahkan dalam telur dadar..
Tak pernah pula sayur kucai dibuat sayur lauk makan nasi...

Lepas kahwin..
MY tengok,
Selalu mak mertua masak sayur kucai ni...
Kira oklah..
Boleh ditelan...
Sedap jugak rupanya buat lauk..

Resepi Sayur Kucai dengan Tauhu

Bahan bahan 

150 gram daun kucai ( lebih kurang seikat)
3 keping tauhu 
Sebiji bawang merah 
2 biji bawang putih
3 tangkai cili hijau
Sejemput ikan bilis
Garam secukup rasa
2 sudu besar Sos tiram 
Sedikit minyak untuk menumis

Daun kucai dipotong lebih kurang seinci seinci begini ya

Cara cara memasak:

1. Basuh daun kucai, kemudian potong lebih kurang satu inci panjang.  

2. Basuh tauhu dan potong. 1 keping tauhu tu MY potong 9.

3. Kisar kasar bawang, bawang putih, cili hijau dan ikan bilis. Kalau nak kisar halus boleh juga. Ikut selera masing masing.

4. Panaskan minyak masak dalam kuali.

5. Tumiskan bahan bahan kisar sehingga sedikit kekuningan.

6. Masukkan tauhu. Kacau perlahan supaya tauhu tidak hancur.

7. Masukkan sedikit air, garam dan sos tiram. Kalau tak suka berkuah, jangan letak air...seng ajelah kering2 tu...

8. Selepas itu, masukkan daun kucai. Kacau sehingga semuanya masak.

9. Sedia untuk dimakan. 



Masa Mama Yan masak ni...
Suami MY baru lepas cabut gigi geraham.
Jadi, MY masakkan bubur nasi juga...
Jadi sayur kucai ni dimakan dengan bubur nasi.
 Memang ngam lah kan...
Semuanya lembut lembut aje...

Yang cabut gigi sorang je... tapi bubur nasinya harusla seperiuk besar. Maklumlah... ramai konco-konco nya kat rumah ni. Semua tengah nak membesar... sorang semangkuk dah tak cukup. Tambah pulak MY letak serbuk mushroom soup tu dalam bubur ni. Anak anak suka sangat. 

Nanti boleh cuba letak serbuk ni dalam bubur nasi. Sedappp...








 

10 comments:

  1. Sesetengah orang kurang suka sebab baunya. PC suka sangat. Biasanya tauge dengan tauhu tumis kering tambahkan daun kucai ni lebih sikit. Buka selera.

    ReplyDelete
  2. sekali sekala makan bubur sedap juga, orang tak sakit pun teringin juga nak merasa..haha

    ReplyDelete
  3. teringat pulak liziqi makan garlic sprout...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..memang favorite akak tau kucai dengan tauhu ni..tapi tauhu akak goreng dulu dan selain goreng macam tu akak goreng bercili..sedapnya kucai tu luarbiasa sebab bila kunyah berserat...

    ReplyDelete
  5. wah thank u MY sebab bagi idea bubur dan mushroom tu. Nanti naniey try..
    Sayur kucai masak macam tu tak pernah lagi. Biasa kucai letak dlm kue teaw n cekodok je. :)

    ReplyDelete
  6. Saya sampai sekarang asyik tertukar antara kucai dan daun bawang. 😅

    ReplyDelete
  7. Sesekali masak sayur kucai campur tauhu sedap juga kakyan. Kadang beli untuk letak dalam kuetiau, cucur dan telur dadar je. Ada lebih tak tahu nak buat apa dah.

    ReplyDelete
  8. DAUN KUCAI BANYAK KAT RUMAH CCL , MERIMBUN , ESOK BOLEH CUBA RESEPI NI

    ReplyDelete
  9. Sedapnya kucai dan tahu..
    Kalau MIL Sha dia suka tambah taugeh..
    Sha suka stail macam mama yan ini.. tahu dengan kucai je..

    ReplyDelete
  10. suka mkn kuchai esp mkn char kueh teau😊

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad