Aktiviti mencuci bersama anak - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, September 19, 2022

Aktiviti mencuci bersama anak

Ni lah antara aktiviti cuti Hari Malaysia yang lalu,
Orang lain bawa anak bercuti,
berkhemah,
berkelah,
balik kampung,
Mama Yan tak bawa anak ke mana mana pun,
Dah la duduk rumah aje..
Kena kerahan tenaga pula tu.
Kesian anak-anak,
Tapi apa boleh buat,
Ayah ada beberapa urusan pekerjaan yang tak dapat dielakkan pada Ahad,
Hari Sabtu pula ada undangan perkahwinan saudara.
Jadi, kita habiskanlah cuti kita dengan cara kita ya.
Yang nombor satu dan dua aje yang kena kerahan tenaga..
Yang nombor tiga, empat dan lima pula, 
HAri Jumaat tu dorang ada tuisyen,
Tak cuti.


Cuci kereta luar dan dalam.
Kalau buat sorang sorang tu berpeluh juga.
Ni bertiga mengerjakannya...
Cepat la siap.
Sorang sabun body, sorang simbah air, sorang cuci rim.
Yang dalam sorang vakum, sorang lap, sorang lagi ambil gambar.

cuci lantai yang dah berlumut dan berkerak.
lantai tu jangan tanya kenapa berbelang belang corak jubinnya. 
Rumah kontraktor memang macam tu. 
Pakai je mana mana jubin lebih dari projek.
Daripada tersimpan aje kat stor,
Belasah je...
Huduh?
Ada koi kesah?


Cuci tiang batu, berlumut sakan.
Padahal masa pindah masuk tu dah cat dengan cat kilat dia.
Anti lumut dan colour protection katanya.
masuk tahun ke tiga, sakan dah berlumut.


Gigih abang kacak dua orang ni membersihkan lumut pada pagar rumah.
Tapi diorang orang muda.
Setakat bangun duduk bangun duduk...
berpuluh kali pun takde hal.
Kita yang dah tua ni...
duduk cangkung macam tu,
Nak bangun adehhhh...cramp kaki...


Inilah rupa pagar sebelum dicuci.
Kehijau-hijauan..


Cakkk... barulah nampak berseri...
Terima kasih anak anak kerana membantu mama korang membersihkan rumah.

Untuk kerja kerja mencuci kereta dan pagar serta lantai hari tu,
MY gunakan pencuci serba guna Bio Clenz dari Sahajidah Hai O Marketing.
Bio Clenz ni kurang buih.
Takpe...walaupun kurang buih, dia ada sebenarnya.
Jangan risau sebab Bio Clenz juga tidak menghakis warna atau kilatan pada kereta.




 

3 comments:

  1. Wow, berkilat pagar tu hero2 tu sental :)

    ReplyDelete
  2. takpe bukan kita buli tapi bila buat sama-sama biar mereka lagi akrab gitu kan MY. Kami pun tak kemana duduk rumah je layan movie di netflix dan astro hot star

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. anak anak baik sama sama membantu... rajin.. X kemana mana pun takpa.. cukup cuci kemas apa yang patut. kan

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad