Sarapan pagi hujung minggu lepas - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, September 13, 2022

Sarapan pagi hujung minggu lepas

sampai dah dekat pukul 8 pagi Mama Yan masih belum buat sarapan pagi.
Masih fikir nak masak apa.
Last last suami ajak makan kat luar ajelah.
Sampai dalam kereta pun masih fikir nak makan kat mana.
Macam macam idea keluar.
Akhirnya sampai lah kami ke penghujung bandar Pontian,
Tepi tambak laut Pontian tu ada medan selera ...
Kami makanlah kat situ.
Tengok kat dataran tu,
ada banyak khemah khemah,
Ooo...ada ekspo rupanya malam sebelum tu.
Tapi kami jarang jarang bawa anak ke ekspo ekspo atau sambutan sambutan di lapangan pada waktu malam.
Malas nak didik anak keluar malam untuk bergembira.
 
anak nombor tiga, empat dan lima ni memang rapat bertiga.
yang kembar nombor empat dan lima je.
tapi rasa dah macam kembar tiga dah diorang ni.

Nombor satu, dua dan enam.
Anak nombor satu dan dua memang rapat berdua.
Yang nombor 6 tu..
Semua boleh masuk.
Anak bongsu kannn...
Kejap melekat kat ayah, kejap kat mama, 
Tidur dengan aril dan Ucid sekarang,
kalau merajuk lari bilik bibik,


Eh... takde cerita makan dan makanan pun,
A'ah..
Memang takde cerita makan atau gambar makanan pun..
Kami makan nasi lemak je.
Semua orang tahu rupa nasi lemak.
Cuma yang berbeza di sini,
Nasi lemaknya ada dihidangkan juga dengan semangkuk kecil sup kosong.
Gambal air oren botol ni,
Saja saja je ambil.
Kami tak minum pun.

Tengok...
Nasi lemak Mama Yan dah habis licin dah.
Nasi ayam Sarah dan Mijan belum pun sampai.
Orang lain tengah gigih lagi mengayuh.
Haishh..
MY dah terbiasa makan laju laju sebab masa anak kecil kecil dulu...
Makan kena bergilir gilir dengan suami.
Lepas MY siap makan, 
suami pula makan,
MY pula nak layan anak anak.
Sekarang, walupun anak anak dah pandai makan sendiri, 
MY yang dah susah nak ubah habit makan.
hahaha...

lepas siap makan sarapan.,
kami bawa anak main mainan kat taman permainan tepi laut tu.
Dah lama diorang tak main kat sini sejak MY hantar anak anak nombor 3,4,5 tu pergi kelas tuisyen setiap pagi Jumaat Sabtu.
Cuma hari tu Johor dapat cuti extra sebab menang bola,
kami pun gunakanlah untuk layan anak anak.
Sampai basah lokos anak anak dengan peluh main kat taman.

Dekat tapak ekspo tu,
ada satu aje tapak yang buka.
Tapak lain semua masih berbungkus kemas.
Tapak nursery je yang terbuka luas.
hehe...
Ini adalah satu kegembiraan buat MY dan suami.

Ini gambar bunga pokok delima.

Pokok delima Thailand katanya.
Pokok pokok sekarang semua dah dikacuk dan diinovasikan dari benih yang asal.
Kecik kemetot pun dah ada yang berbunga

Yang ni pula bunga dari pokok mahkota dewa. 
Ambil gambar aje, Tak beli pun pokok mahkota dewa ni,
Rumah abah Raub ada banyak..

Ada lalat pulak atas bunga ni.

Ni pokok belimbing besi.
Masa kecik dulu, 
depan rumah MY ada pokok belimbing besi.
Tapi buahnya asyik kena inject dengan lalat buah aje.
kecil comel aje pun dah berbunga berbuah.



Inilah antara hasil tangkapan MY dan suami.
Pokok Lemon,
Pokok Delima Thailand,
Pokok Belimbing,
Pokok Kelapa mataq,
Pokok nangka,
Pokok kedondong,
Ada juga beli beberapa kampit baja.

Ada nampak mami hepi?

 

5 comments:

  1. ok la tu, weekend gantung kuala sesekali kan... bab pokok2 tu..memang terapi & happy sgt.. kan?

    ReplyDelete
  2. Amboi, happylah tu dapat pepokoks. Kita lepas dapat lontong cair bair kat tambak tu, dah tak nak sarapan sana lagi.

    ReplyDelete
  3. wahhh satu kegembiraan berganda bila dapat cuci mata dan poket sekali

    ReplyDelete
  4. Semoga pokok2 tu dapat belaian sepenuh kasih sayang

    ReplyDelete
  5. meriahnyer dan yg penting heppi tuuh., wak dh lama x gi tambak pontian ni., ;p

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad