Elak keracunan makanan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, September 14, 2022

Elak keracunan makanan

Keracunan makanan ni adalah masalah yang biasa berlaku di negara kita. Mungkin faktor iklim negara kita yang panas membantu makanan rosak lebih cepat berbanding dengan negara sejuk. 

Biasanya, keracunan makanan boleh berpunca daripada makanan yang telah dijangkiti bakteria, virus, parasit dan larva. Makanan juga boleh tercemar dengan kehadiran cendawan atau logam berat seperti plumbum. Ada kes yang tidak serius dan boleh sembuh dengan segera dan ada juga keracunan makanan  yang serius sehingga boleh membawa maut

Antara simptom seseorang itu terkena keracunan makanan adalah loya, muntah, sakit perut dan cirit birit. Dalam kes ini, seseorang itu juga boleh diserang demam dan sakit kepala. Gejala -gejala ini boleh bermula dalam masa beberapa jam atau beberapa hari selepas mengambil makanan yang tercemar.

Kesan dan komplikasi yang paling selalu dihidapi akibat keracunan makanan adalah dehidrasi atau kehilangan air dalam badan akibat muntah, tidak selera makan dan minum serta cirit birit. Kadangkala, ia juga memberi kesan kepada buah pinggang, sakit sendi, kematian anak dalam kandungan dan boleh membawa kepada jangkitan terhadap sistem saraf bergantung kepada jenis bakteria dan kuantitinya.

Antara tips yang dapat mengurangkan risiko keracunan makanan:

1. Basuh tangan dengan air dan sabun selama 20 saat sekurang kurangnya sebelum makan, sebelum mengendalikan makanan, selepas menggunakan tandas, selepas menukar lampin bayi atau menyentuh haiwan.

2. Elak menyediakan makanan untuk orang lain sekiranya mempunyai jangkitan kulit seperti kudis.

3. Susun dan simpan bahan makanan mengikut jenis. Asingkan antara bahan mentah kering, basah atau bahan makanan sedia dimakan

4. Gunakan pisau dan papan pemotong yang berasingan untuk makanan mentah dan makanan yang telah dimasak

5. Panaskan makanan sehingga mencapai suhu selamat iaitu 75darjah celcius

6. Beri perhatian khusus untuk memasak makanan seperti daging, ikan dan ayam pada suhu selamat. Beri lebih perhatian lebih lagi jika bahan tersebut telah disejukbekukan kerana dikhuatiri bahagian dalamnya tidak masak sempurna.

7. Elak mendedahkan makanan yang telah dimasak lebih dari dua jam pada suhu bilik

8. Jangan cairkan makanan pada suhu bilik, sebaiknya cairkan semalaman pada bahagian bawah peti sejuk (chiller)

9. Makanan yang disimpan dalam peti sejuk pada ruang chiller hanya boleh bertahan dua hari sahaja, jika ingin simpan lebih lama masukkan ke dalam tempat beku. (frozen)

10. Elak makan makanan laut mentah seperti tiram dan sushi mentah

Buat masa ni MY belum tergerak lagi nak menikmati tiram mentah walaupun makanan laut kerangan macam kerang, kupang, lala, scalop tu kegemaran MY.


7 comments:

  1. Kalau dah keracunan, pasti menyesal teringat apa yg dimakan.

    ReplyDelete
  2. kalau ammi tiram tu walaupun masak belum tentu nak makan sbb ammi sejenis tak makan makanan laut yg spesis kerang ni. kalau kerang tu bila jadi rendang je ammi makan...kalau sambal or bakar, rebus semua tak jalan kat tekak

    ReplyDelete
  3. Tak semua perut boleh terima makanan laut yang masih mentah.

    ReplyDelete
  4. Kadang2 kena juga keracunan makanan ni

    ReplyDelete
  5. uuii..minta dijauhkan. x larat betul kalau kena food poisoning..lemah satu badan kan, apa pun x leh buat

    ReplyDelete
  6. Mrs. A pun tak pernah makan tiram mentah. Tengok ada influencer tu makan tiram mentah besar-besar rasa macam yeye sedap.

    ReplyDelete
  7. Saya pun sama... belum tergerak hati lagi utk cuba makan tiram mentah.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad