Resipi Ungkep Ayam

 

Ni antara masakan tradisional masyarakat Jawa.. dan tentulah Mama Yan belajar dari keluarga mentua. Walaupun bapak Mama Yan pun berketurunan Jawa, tapi sebab dah kacuk Melayu, dah kurang dah dia punya kadar kepekatan tu. Mak kepada abah MY keturunan melayu Pahang, jadi masakannya banyak masakan tradisi negeri Pahang ajelah.

Mama Yan agak memilih makan sikit... Jadi makanan yang berbau memang MY tak minat. Sebab tu MY tak makan gulai tempoyak walaupun orang Pahang. Masa mula mula tengok ada lauk ungkep ni, siap tanya kakak ipar bahan bahan untuk masak ungkep ni. Semangat la kakak ipar MY bagi resipi sebab dia ingat MY nak buat. Tapi sebenarnya MY nak pastikan takde unsur unsur makanan yang MY tak makan ada dalam tu aje. Lepas ternyata bahan bahan yang digunakan untuk masak ungkep ni semua dari bahan bahan yang MY makan, kira lulus la untuk dijadikan lauk kat rumah. Teruk sungguh dasar memilih MY dulu. Sekarang dah kurang sikit la kadar memilihnya. 

Bahan penyedap utama untuk masak ungkep ni adalah ketumbar. Eh dia bukan bahan utama, tapi bahan penting. Kiranya kalau hari tu ketumbar tak hadir, tak adalah kejadian ungkep nya. Kira batal la ungkep tu. Tak cukup rukun wajib ungkep. 


Resipi Ayam Masak Ungkep

Bahan bahan:

1/2 ekor ayam - potong kecil
2 biji kentang - potong kiub besar
sebatang serai - titik
garam secukup rasa
gula secukup rasa
asam keping
setengah tin susu cair/ atau santan dari setengah biji kelapa
air secukupnya untuk empukkan ayam 
Minyak untuk menumis

Kisarkan :
5 ulas bawang putih
5 labu bawang merah
1 1/2 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup 
1 helai daun limau purut ( Opsyen)
5-10 biji cili padi (ikut ketahanan pedas)


Cara membuatnya:

1. Bersihkan kentang dan potong dadu besar. Kemudian goreng sehingga kentang masak. Ketepikan.



2. Tumis semua bahan kisar dalam mintak panas secukupnya. Kacau atas api sederhana besar sehingga terbit minyak. Masukkan juga serai dan daun limau purut. Daun limau tu untuk bau aje. Takde takpe.



3. Masukkan ayam. Masukkan air dan kacau rata. Masukkan juga garam secukup rasa. Garam ni subjektif, ada orang suka masin, ada orang tak suka masin. Air jangan banyak sangat. Jangan sampai ayamnya tenggelam. Air bagi sama paras je dengan ayam



4. Biarkan ayam mereneh dalam sedikit kuah. Paling palingkan supaya masak rata. 

5. Tambah gula dan asam keping. Gula ni pun subjektif. Mama Yan tak suka masakan yang terasa manisnya. tapi orang Jawa tulen macam mentua MY, suka lauk pauk yang ada terasa manisnya. 

6. Masukkan kentang yang telah digoreng tadi. Kacau rata.

7. Tutup kuali supaya ayam cepat masak dan lebih menyerap rasa bumbunya. 

8. Apabila hampir masak, masukkan susu cair atau santan. 


9. Masak sehingga kuahnya sedikit kering dan matikan api. Tapi kalau suka berkuah banyak dan cair, boleh juga. 


Selamat mencuba. Sedap tau masak ungkep ni. Kalau nak kasi anak anak kecik makan, tak payah letak cili langsung. Pun sedap juga. MY pernah buat masa anak anak semua kecik kecik tak makan pedas dulu. Sekarang diorang dah pandai la terima pedas hujung hujung lidah tu. 

Bila dah tutup api, Biasa Mama Yan akan selongkar kuali tu untuk cari asam keping dan serai. Kalau dia berlama lama dalam kuali tu... Nanti aroma dan rasanya jadi sangat kuat. MY tak suka. Suka yang light light aje bau serainya. kalau nak senang tak payah cari telinga itang tu, guna aje air asam Jawa, tapi MY sampai sekarang tak pass lagi nak agak penggunaan air asam jawa ni. jadi memang letak aje asam keping. Lagipun kat Pahang memang banyak guna asam keping. Jarang guna asam Jawa. Kat Johor pula, banyak guna asam Jawa dari asam keping. Tu lah...betul kata orang dulu dulu...
lain padang, lain belalang, lain tempatnya, lainlah pula ada resam dan kebiasaannya.



mangan yokkk

6 Comments

  1. Dak Iman dah lama request Ayam Ungkep ni, nanti kita masak guna resepi MY la.

    ReplyDelete
  2. family suami MY masak ungkep boh santan ek, belah dana tak letak santan... ada memacam gaya kan ungkep jawa ni. Suami dana yang orang terengganu pun minat bebeno suruh masak ungkep ayam

    ReplyDelete
  3. Sedapnya...
    Pagi tadi dah godek-godek resepi ayam ungkep ni, tapi banyak pula bahan yg takde terpaksa KIV dulu :(

    ReplyDelete
  4. Rindu pulak nak makan ungkep. dulu rumate org johor. selalu makan hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)