Resipi semur ayam


Kali ni resipi semur ayam enak banget ni dimasak oleh bibik.
MY tengok aje.
sambil main henpon.
Jadi gambar masa masak takde lah.
Ada gambar lepas masak aje.

Resipi Semur Ayam

Bahan bahan:-

Seetengah ekor ayam dipotong sederhana dan cuci bersih
2 susu minyak untuk menumis
setengah cawan kicap manis
Tomato
garam
penambah perisa
air

hiriskan:
2 biji merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 tangkai cili hijau besar
7-8 tangkai cili hijau kecil

Cara memasak:
Panaskan minyak masak.
Tumiskan bawang, bawang putih, halia sehingga layu.
Masukkan cili hijau pula.
Masukkan ayam dan masak sehingga setengah masak
Kemudian, Tambah air, kicap, garam, tomato dan kacau rata semua bahan.
Untuk bagi cepat empuk dan rasa lebih resap,
tutup kuali dan masak dengan menggunakan api kecil.
Kalau suka berkuah,
Boleh tambah lagi sedikit air dan biar kuah mendidih sebelum matikan api.
Kalau suka makan yang kering- kering pun takpe juga.
Rasa sedikit.
Masak guna kicap ni kadang kadang tak boleh dijanji.
Lain jenama,
lain rasanya.
Jadi, rasa dulu, manis dan masinnya.

Sebenarnya ni ayam masak kicap.
Tapi bibik orang Indonesia,
Dia panggil semur ayam.
Cuma dia kata kalau betul betul semur nak kena letak lada putih atau bericho, buah pala dan buah keras,
Hahaha..
tak pernah la pulak buah keras singgah rumah MY ni.
Masak aje lah apa yang ada bikk..

Selalu MY yang masak kat rumah..
Sesekali suruh gak la bibik masak yang senang senang macam tolong goreng ayam, goreng ikan, bening sayur gitu.
Kalau masak kari, masak lemak, masak mi goreng, sambal tumis, asam pedas semua tu..
Mama Yan la yang masak.



Pedas sedap dan nampak tu,,,
Berlinang linang minyak.
Yer...makanan orang kaya haruslah berlinang minyak.
Minyak mahal kot...hahaha..
Tapi masa tumis letak minyak sikit je..
Masak ayam bandar memang keluarkan banyak minyak.

Lauk ayam masak kicap ni antara lauk yang paling kerap Mama Yan masak sejak kahwin.
Paling senang dan simple nak masak.
Kalau masak kari atau masak lemak tu kan nak bersantan santan bagai,
Masak ayam merah tu nak kena kisar cili kering..malas aih..
Jadi masak kicap la MY rasa paling senang nak buat.


Yang ni untuk anak anak.
Diaorang tak suka kalau ayam tu masak berkuah.
ayam kena goreng,
Tapi nasi taruk kuah juga.
Cuma taknak ayam tu berendam dalam kuah
Peliknya la hai anak anak,

 

16 Comments

  1. Bila tgk ingredients, dah terlintas dah ni maska kicap je ni. Rupa-rupanya betul. Saya rasa kalau yg paling sedap untuk masak ialah kicap Kipas Udang. Kalau buat daging dendeng tu mmg Kipas Udang la. Cuma isu dia, kipas udang ni cepat berkulat kat tak letak dalam fridge. So, saya selalu guna kicap Mudim dan Jalen je la skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...memang masak kicap pun ni... sejak kabwin memang guna kicap Jalen. Kicap kipas udang tu untuk masak kenduri ke sebab dia capat rosak. Masak kendurikan habia terus sebotol

      Delete
  2. ye pernah nampak dalam masakan indonesia pasal semur ni dan memang terpikir macam masak kicap kita. Bukan berico MY merico atau merica kalau lada putih.Orang indonesia suka masak boh buah keras dan buah pala, kita memang jarang lah guna. Buah keras tu rasanya macam tak pernah beli pun sepanjang dah umur 40 tahun ni

    ReplyDelete
  3. Ok, esok nak buat haha ...
    Syukurlah anak4 saya asalkan ayam semuanya makan, tak kira masak apa :)

    ReplyDelete
  4. sy suka ayam masak kicap esp bau halianya yg harum..

    ReplyDelete
  5. satu lauk nie je pun dah cukup bahaya. sebab boleh buat bertambah2 nasik. nak2 pulak kalau tergigit cili padi tuh. lagii ummmmmppphhh!!..hehehe

    ReplyDelete
  6. nampak sungguh menyelerakan...budak-budak memng ada taste yang tersendiri

    ReplyDelete
  7. oo..ingatkan apa semur tu..rupanya ayam masak kicap..nama je lain...

    ReplyDelete
  8. Betul... banyak minyak tu orang kaya la kan? hehehhe

    ReplyDelete
  9. Ingatkan apa menu nama Semur..hehe. Elok Yan share, tambah pengetahuan kami.

    ReplyDelete
  10. Nama berbeza.. tu kadang buat keliru..

    ReplyDelete
  11. oh lebih kurang sama dgn masak kicap rupanya. ingatkan banyak guna rempah ratus lain. saya suka masak kicap sampai ayam tu keluar minyak dia sendiri, baru ummphh

    ReplyDelete
  12. Owh.. Lebih kurang masak kicap lah kalau belah kita ye.. Cuma bahan dia extra sikit je.. sha pun paling suka buat masak kicap.. Kalau tak ayam, telur.. Kadang-kadang ikan.. hehehe

    ReplyDelete
  13. masa baca cara baru terlintas...macam masak kicap betul rupanya cuma versi tak goreng ayamnya la kan

    ReplyDelete
  14. Pertama kali dengar menu semur. Nampak macam masak kicap. Betul betul, kadang tumis minyak sikit je sekali berlinang minyaknya.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)