Korean Drama The Beauty Inside - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, September 8, 2022

Korean Drama The Beauty Inside

Tajuk Drama: The Beauty Inside

Genre : Fantasi. Komedi-romantik

Penulis : Im Mae-ri

Pengarah : Song Hyun-wook

Jumlah episod :16

Tarikh siaran asal: 1 Oktober - 20 November 2018

Edaraan : JTBC

Produksi : Studio New & Yong Film

Pelakon: 

Seo Hyun-jin sebagai Han Se-gye

Lee Min-ki sebagai Seo Do-jae



Drama ni agak comel la pada Mama Yan... Sesuai la untuk orang yang malas fikir dan malas nak serabut serabut bila menonton. Tonton aje dengan tenang, aman, damai, layan jiwang. hehehe

Kisahnya Han Se-gye, seorang pelakon wanita popular dan model yang berdepan dengan kejadian aneh dan misteri. Setiap sebulan sekali, dirinya akan berubah secara total menjadi orang lain selama lebih kurang seminggu. Dia bercinta dengan anak pewaris syarikat penerbangan. Tapi, walaupun nampak sempurna, Seo Do-jae menghidap keadaan prosopagnosia selepas terlibat dengan satu kemalangan. Keadaan tu menyebabkan Seo Do-jae tak dapat mengecam atau membezakan wajah yang dilihatnya. Dia mengecam seseorang melalui gaya berjalan, gaya rambut, bau, pakaian, suara dan lain lain keadaan fizikal orang. 

Ada beberapa part yang sedih waktu Han Se-gye bertukar menjadi orang lain. Ternangis pulak tonton. Padahal cerita Korea yang tak logik je kot. Masatu Se-gye bertukar jadi budak kecil lingkungan umur 10 tahun. Dia pujuk seorang wanita yang kematian anak akibat kemalangan. Dia cakap, jantung anak makcik tu ada dalam dia. Makcik tu dari kemurungan terus terpujuk hatinya. Dia anggap anak dia masih hidup dalam tubuh orang lain. Padahal dia reka aje. Yang penting, dia nak selamatkan makcik tu dari terus kemurungan dan mengambil nyawa dengan tangannya sendiri.

Ni masa dia bertukar jadi budak kecik. Drama je kan.. layan la... Kalau alam realiti, split personality aje pun orang tak boleh terima, apalagi berubah terus.

Kemudian, Mak Se-gye tak tahu keadaan anaknya yang berpenyakit aneh tu. Masa mak dia dah nazak, dia bertukar menjadi wanita yang sebaya mak dia juga. Dia sedih sebab takut mak dia anggap dia tak temankan mak dia masa tengah nazak. Masa hari pengebumian pun, dia tak boleh sambut tetamu dengan keadaan dia wajah yang berbeza. Nasib baiklah dia sempat bertukar semula. Sedih sebab bermain dengan emosi mak mak. Bab cinta cinta tu takdelah nak sedih sangat pun. Bab anak & mak ni... bila dah jadi emak, memang terlebih emosi. 

dah lama bercinta akhirnya baru Se-gye tahu, dialah punca boyfriend dia si Seo Do-jae kemalangan dan sakit. Dialah orang tua yang diselamatkan oleh Do-jae sepuluh tahun yang lalu. Itu hari pertama dia mengalami fenomena aneh tu. Bangun pagi tiba tiba bertukar jadi orang tua. Dia panik dan berlari lari sehingga hampir dilanggar kereta. Seo Do-jae yang kebetulan ada di situ jadi hero untuk selamatkan seorang makcik tua dari dilanggar kereta.

 Lepas tu, Se-gye lari menyorok dari Do-jae dan bersara dari bidang lakonan. Tapi drama kan.. mestilah hero cari girlfriend dia semula... 



9 comments:

  1. Baca sinopsis dia, tak lah complicated sangat jalan cerita kecuali part bertukar jadi orang lain tu je tapi dah nama pun drama.. Layan je santai-santai..

    ReplyDelete
  2. dah tengok gak cite ni lama dulu, tak ingat sangat dah jalan cerita dia..

    ReplyDelete
  3. Ni apa kes racun2 orang suruh tengok ni? Tak tuke tauuuu

    ReplyDelete
  4. Dia ada movie kalau tak silap.. Drama dia lawak2 kalo ada lee min ki ni. Haha

    ReplyDelete
  5. best ker? mcm mcm best..lama dah dok dlm my list tu

    ReplyDelete
  6. dah start tgk dah..bila baca mama yan punya review ni..memang layan la..tq tq!

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad