Sambal Merah Ayam



Kat rumah MY ni memang selalu masak ayam.
Sebab senang nak bagi anak makan.
tak risau tercekik tulang.
Selalu masak ayam goreng aje pun.
Lepas tu bahagi dua.
separuh masak la apa macam masak sambal ke, masak kicap ke, separuh lagi biar dalam bentuk bergoreng gitu aje.
Macam tu la kan bila ada anak anak.
Mak mak ni bukan main perah otak nak fikir menu anak dan menu suami.
Kang asyik masak ikut selera anak, 
suami lari pula sebab tak jaga perut suami..
Bini juga yang salah walaupun suami tu yang selera besar...hahaha

Resipi Ayam Masak Merah

setengah ekor ayam
serbuk kunyit
garam
2 tangkai daun kari
setengah cawan air asam jawa
Sos tomato
2 sudu gula
1 helai daun limau purut (pilihan)
 Kisarkan:
2 biji bawang besar
setengah labu bawang putih
1 inci halia
20 tangkai cili kering atau 2 senduk kecil cili kering yang telah dikisar 

Cara memasak:

1. Potong ayam dan gaul dengan garam bersama kunyit. Goreng dahulu. Jangan garing sangat.
Angkat ayam goreng dan ketepikan.
2. Kurangkan sedikir minyak goreng ayam, tumis bahan kisar, daun kari serta cili kisar.
Kalau dah simpan stok cili kisar, letak dalam dua senduk kecil. Kalau takde stok, guna dalam 15 ke 20 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas. Kemudian kisar .
3. Tumis segala bahan kisar tu sampai betul betul masak. letak daun limau purut untuk bau. Nak letak serai pun boleh juga. 
4. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan sos tomato. kalau suka penambah perisa dan MSG boleh juga letakkan. Tambah sedikit air untuk kuah kalau suka. Tapi kalau tumisan tu kering sangat, tambahlah air, nanti hangit. Kalau tak cukup minyak pun, sambal tak boleh masak dengan elok.
5. Masukkan ayam goreng dan gaul sebati.
6. Nak letak bawang besar hiris pun boleh tapi MY tak suka bawang..hihihi...
7. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Pakai cili kisar letak dua senduk je.
Ni kuali dah huduh sungguh rupanya.
umurnya sekitar 15 tahun la macam tu. 


masak bahan kisar sehingga masak

Bila minyak dari tumisan tu dah berada di atas sambal,
Kira dah masak la

Takde gambar lawa sikit.. malas.
Lagipun MY masak sikit aje ni.
Anak anak lagi suka makan ayam goreng kunyit aje.
Ini layan tekak ayahnya yang suka sangat ayam masak merah, Tapi dia panggil ayam sambal.
Apa apalah pun namanya...
Janji boleh makan..ye dak.

 

11 Comments

  1. Rumah kita yg tak ramai budak pun selalu masak ayam seba orang tua pun pandai jugak tercekik tulang, hihi.

    ReplyDelete
  2. Ayam sambal, ayam masak merah, dua-dua sedap. Dapat gaul kuahnya yang berminyak dengan nasi panas pun dah cukup lazat!

    ReplyDelete
  3. sama lah MY, dekat rumah tu pun ayam antara yang selalu ada. Ikan jarang-jarang daging lagilah. Ayam sambal merah ni antara menu yang Aiyan pun suka

    ReplyDelete
  4. All time favorite. Kalau saya masak, lagi simple, halia, daun kari daun limau semua tak letak. Letak bawang besar, bawang putih dan lada kisar je. Itu pun dah sedap sgt dah utk lidah saya. Kalau masak mcm aok masak ni, lagi la menambah nasik. Bahaya hoii.

    ReplyDelete
  5. lagi suka makan masak merah daripada masak sambal sebab manis sos hehe

    ReplyDelete
  6. Sedap resepi yang dikongsikan.. Boleh Sha cuba.. TQ Mama Yan..

    ReplyDelete
  7. Fav ayam masak merah. Lauk mesti kena ada pagi raya hehe

    ReplyDelete
  8. sama la..kat umah MA pun..ayam .. hari2 ayam. nak makan seafood , masak la lauk lain plak...
    fav anak ni..ayam masak merah..yum yum

    ReplyDelete
  9. Ayam masak merah lawankan dengan nasi tomato memang umphhh..sedap bila letak daun kari tu.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)