Lirik Lagu Terlena

Terlena 

Berarak awan nan kelabu
Seakan ku di gamit rindu
Membawa kenangan semalam
Sewaktu bersamamu

Terasa indahnya dunia
Sewaktu ku dilamun cinta
Penuh dengan pujuk dan rayu
Membuat ku terlena

Bila rindu kusebut namamu
Bila resah menyapa didada
Bila rindu kusebut namamu
Bila resah menyapa didada
Kemanakah hati ini kan kubawa

Kau ku nanti dihujung mimpi
Dan bertemu didalam hayalan
Kau ku nanti dihujung mimpi
Dan bertemu di dalam khayalan
Kuselitkan sekuntum mawar merah dirambutmu

Info : 
Album Karisma
Penerbit Faizal Aziz
Terbitan Generasi Production 1989
Edaran Pen-sonic Record Company



Lagu ni memang famous sekitar awal tahun 90-an.
Tapi Mama Yan dengar kat radio klasik baru baru ni,
Kemudian dengar suami boleh follow bab korus lagu tu
"Bila rindu kusebut namamu
Bila resah menyapa didada"
Eh..lagu apa pulak ni...
cuba Google "Bila rindu kusebut namamu"
Tapi keluar yang nyanyian Siti Fairus...
Pastu suami cakap penyanyi dia nama Azman..
Okay..Google Terlena Azman..
Barulah jumpa lirik dan link video ke youtube.

Ni lah Azman penyanyi asal lagu terlena tu.
Bukan main kacak orangnya.
Dan juga bukan kutu kutu punya orang.
Beliau merupakan salah seorang dari pemuzik orkestra DBKLdan masih aktif sebagai pemuzik sehingga kini.

Lagu terlena ni ada beberapa penyanyi lain juga yang cover.
Antaranya Almarhum Saleem Iklim juga sempat menyanyikan lagu Terlena dan merakamkan video muziknya.
Penyanyi kelahiran Singapura yang juga merupakan peserta GV 2022, 
Fuad Rahman turut merakamkan lagu ini secara berduet.
maknanya,
lagu ni memang ada nilai komersial yang tersendiri.
Nasib baik penerbit filem Mann tak dengar, 
Kalau tak harus masuk dalam filem jugak ni...hahaha

Ok selamat  berjaya kepada semua perserta Gegar Vaganza.
Tak sabar nak tengok Tomok.
Barulah terasa muda tengok artis macam Tomok & Shila Amzah yang bertanding.  





3 Comments

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)