Samsung Galaxy Smart Tag



Yang atas ni adalah Samsung Galaxy Smart Tag.
Ini dapat masa MY beli handphone bulan lepas. 
Nanti dah handphone dah keluar model baru,
MY tak siap siap lagi menulis entry handphone lama..
Hahaha...

Mama Yan gantungkannya pada kunci motor suami.
Asyik hilang ajekan.
Dah la kuncinya dia bagi seketul aje.
Takde pendua.
Kita letak smart tag.
Kalau kunci hilang atau lupa letak kat mana,
boleh cari guna handphone,
Kalau kena curi,
Kira innalillah aje lah.
Sebab takkan lah pencuri nak biarkan aje smart tag tu tergantung pada kunci.
Tapi entahla..
Kot pencurinya tak tahu menda alah smart tag tu.


Kalau kita nak cari,
Buka apps smart things di handphone,
Kemudian tekan find.
Dia akan keluar alamat, maps dan tunjuk di mana smart tag kita berada.
Masa install smart tag tu,
Bagilah nama.
Macam MY, letak smarttag 001 aje.

Bila keluar kat maps,
Ohh...ada dalam rumah ni aje.
Kita tap pada ikon 'ring',
Nanti smart tag akan keluarkan bunyi.
Boleh la kita mencari berpandukan bunyi tu.
Kot jatuh bawah sofa ke,
Senang la kan nak cari.

Selain letak pada kunci,
Boleh juga nak letak pada luggage, 
pada handbag,
Pada haiwan peliharaan,
Ataupun...
Kalau encik suami asyik lesap aje.. 
Diam diam kita letak dalam kereta atau bag dia....
Aku akan mengekorimu...hahaha..
Okay..MY gurau aje...
Benda ni takleh jauh jauh sangat.
Dia ada radius tertentu.
Dalam 100 meter radius aje kalau tak silap.
Sebab dia pakai teknologi bluetooth.
Kalau jauh berkilo kilo meter, 
Telefon hanya detect lokasi akhir dia kesan smart tag.

Oh ya..
Smart tag ni tak perlu di charge.
Sebab dia pakai battery macam jam.
Jadi, kalau bateri arwah,
Kita ganti bateri baru ajelah.

Harga?
Tak boleh letak harga ooo..
Nanti terus dapat email melanggar publisher policy.
Boleh cari harga di shopee...ada banyak seller jual.
Dah banyak kali dapat email melanggar publisher policy ni.
Bila semak entry nampak macam takde apa...
Takde kata kesat..takde mencarut...
Lepas tu MY edit sikit...
Buang semua price list..ehh... elok terus..
Ohhh...gittew...
MY pun tak faham sangat macam mana bentuk entry yang dibenarkan letak harga, 
Dan yang mana tak boleh letak harga. 
Tapi takpe...
Benda alah smart tag ni bukan barang rare pun.
Banyak je kat shopee, kat kedai telefon pun ada banyak...
Okay..selamat ber smart tag..
Wassalamu.



 

9 Comments

  1. salam singgah. oww. brilliant betul idea smarttag ni. ni la inovasi dari tagline: hilang? misscalled je. hihih

    ReplyDelete
  2. menariknya smart tag ni.. btw baru VM tahu tak boleh letak harga tuu

    ReplyDelete
  3. susah jugak kalau tak ada pendua ni..kita dah la jenis letak merata, lupa pulak huhu

    ReplyDelete
  4. begitu sekali ya tak boleh letak rege dlm entri, tak pernah perasan pulak kot dana pernah terkena gitu heheheh. Berguna juga smart tag ni, sesuai letak kt barang yg selalu kita terlupa letak mana

    ReplyDelete
  5. wah...baru tau ada benda mcm ni....bagus tul

    ReplyDelete
  6. walaweh, sesuai sgt smart tag ni utk suami yg setia pd yg satu dua tiga dan empat., hehehe

    ReplyDelete
  7. Wah comel.. Letak dekat anak pun bagus nie.. hehehe.. Senang nak pantau..

    ReplyDelete
  8. Bagus juga ada smart tag ni. Senang kerja mencari barang hilang. Tak tahu pulak melanggar publisher tu. Kadang tak faham juga kalau ada warning warning ni.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)